TIPS: Cara Saya Makan Di Food Court Singapura

TIPS: Cara Saya Makan Di Food Court Singapura

20131225_070855[1]

Pada kali ini saya nak kongsikan cara saya makan di Singapura. Saya telah melalui pengalaman hidup yang panjang di Singapura. Pada masa entry ini ditulis, saya sudah bekerja hampir 4 tahun di Singapura.  Pengalaman dan ilmu setiap orang mungkin berbeza. Jadi, tak hairan jika ada individu yang tak bersetuju dengan cara saya ini. Saya tak kata cara orang lain tu salah dan saya juga tak kata hanya cara saya je yang betul. Faham ni dulu noh.. Ini cuma satu perkongsian. Tak kenal tak cinta, tak gitu…gitu ~

FOOD COURT SINGAPURA ADA BABI ?

Benar ! Kebanyakan kedai di sana dimiliki oleh kaum thiong – hwa (Cina), sememangnya tak sah kalau tak de babi dalam menu harian mereka. Manakala kedai makanan muslim mungkin ada satu atau lebih dalam sesebuah food court. Setiap kedai ada pinggan tersendiri dan biasanya warnanya berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain.

Ada sebuah syarikat cleaning yang dilantik oleh pihak pengurusan food court tersebut untuk menguruskan kerja – kerja mengangkat pinggan kotor yang telah digunakan di atas meja makan dan ada sesetengah food court, mereka juga mengupah company cleaning ini untuk membuat kerja – kerja membersihkan pinggan tersebut. Mereka mengasingkan pinggan – pinggan dan alatan yang lain mengikut owner kedai masing – masing.

Sememangnya ada peraturan atau guideline untuk membersihkan pinggan – pinggan yang digunakan oleh kedai – kedai halal seperti mengasingkan pinggan tersebut daripada pinggan – pinggan lain, menggunakan peralatan yang berasingan dan sebagainya. Menurut pengalaman saya, tidak semua plate collector dan dish washer mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Betul meh ? Cuba tanya mereka yang pernah bekerja di food court di sana. Di ruang makan  kita boleh lihat dengan mata kepala sendiri tak semua yang memakai sarung tangan. Jadi, ada baiknya jika kita mengambil langkah ekstra untuk menjaga diri kita dari benda – benda yang tidak jelas seperti ini.

TIPS – TIPS MAKAN DI FOOD COURT

•    Makan di kedai muslim;

•    Makan dan minum menggunakan peralatan pakai buang.

Diharap tips yang ini memberi manfaat kepada kita untuk menjadi mukmin sejati.

AWAS !!! PENCURI !!!

AWAS !!! PENCURI !!!

Dalam entry ini saya kongsikan tips  – tips untuk keselamatan diri bila berada di dalam bandar besar seperti Johor Bahru. Mengapa saya mentioned kan JB ? Orang JB jangan marah noh.. Bukan nak kata JB ni banyak penyamun. Cuma nak beritahu banyak orang luar masuk JB. So, kita kena ambil langkah berjaga – jaga la noh… 

 

● elakkan simpan wallet dalam poket seluar belakang

● elakkan mengeluarkan wang di tempat awam

● elakkan berjalan seorang diri di jalan / lorong yang sunyi

● elakkan menggalas beg di belakang, atau pastikan semua zip berkunci

●elakkan meletakkan barang anda di tempat letak barang di belakang mangkuk tandas sekiranya dinding sebelah lebih rendah dari siling ( seperti tandas wanita di sebelah Pejabat C.I.Q Johor Bahru )

● elakkan berkongsi sewa bilik

● elakkan membiarkan pintu bilik tidak berkunci ketika keluar atau tidur

● elakkan berkongsi rumah dengan orang yang anda tidak kenali

● elakkan meletakkan barang di atas meja di tempat awam

● elakkan membawa masuk kawan kepada kawan anda ke dalam rumah / bilik anda

● elakkan berjalan leka di tempat awam yang sesak – berwaspada !

● elakkan mendekati orang yang tercicir / sengaja menjatuhkan barang / syilingnya – mungkin mereka ada taktik dan bekerja secara berkumpulan

● elakkan memakai barang kemas terutama emas

● elakkan membawa tas tangan yang bertali panjang

 
Banyak lagi tips nak elak dicuri dan disamun, tak tertulis di sini. Harap semua pandai jaga diri yea..
Bahaya Tukar Wang Di Johor Bahru

Bahaya Tukar Wang Di Johor Bahru

Pengurup Wang Berlesen - Google

Pengurup Wang Berlesen – Google

Ramai sahabat – sahabat saya memberitahu kes – kes rompakan dan ragut selepas menukar wang Sing Dollar di Johor Bahru sehingga menggerakkan saya untuk menulis entry ini.

Perompak – perompak biasanya bergerak secara berkumpulan menaiki motor atau kereta dan biasanya bersenjatakan parang.

Modus operandi mereka bergerak di waktu malam, mengekori mangsa yang bersendirian setelah memerhati mangsa ketika menukar wang di Money Changer.

Solusi yang terbaik yang boleh saya sarankan ialah :

  • Tukar pada waktu siang di Johor Bahru
  • Pergi ditemani kawan yang boleh dipercayai
  • Atau solusi terakhir ialah anda boleh tukar wang di Singapura

Betulkan caranya, mudah – mudahan selamat.