615 women men work shutterstock nmedia

Pertama kali?

Ini adalah Tips ringkas untuk warga Malaysia yang tidak pernah bekerja dan menjejakkan kaki di Negara Kota Singa tersebut. Entry ni ditulis bertujuan memberikan sedikit sebanyak informasi dan gambaran yang tepat agar dapat membantu mereka yang bercita – cita bekerja di sana dalam membuat persediaan.

  • DAPATKAN INFORMASI YANG TEPAT – Inilah perkara yang paling penting yang mesti dibuat dan anda sedang melakukannya. Nak cari info tentang apa ? Sudah tentu semua pasal kerja. Jawatan apa yang ada di sana, kelayakan, gaji, work permit, hak kita (warga asing) sebagai pekerja di sana dan bla..bla..bla.. Dapatkan info yang tepat dari siapa sahaja yang penting TEPAT.

 

  • TINGGAL DI JB – Bagi anda yang tinggal jauh dari Bandar Johor Bahru tentu akan merasa sukar untuk jalan – jalan cari kerja atau hadir sesi temuduga di Singapura. Ada baiknya anda menyewa bilik tidak jauh dari bandar. Kalau anda boleh tinggal di rumah saudara atau kawan anda di Jb, selamatlah duit tu. Jika anda masih bekerja dan tidak tergesa – gesa mendapatkan kerja, cadangan ini boleh diketepikan.

 

  • CARI SENDIRI ATAU CARI AGENSI PEKERJAAN – Apa kelebihan anda mencari sendiri dan apa kelebihan pula anda menggunakan khidmat agensi pekerjaan ? Jawapan ini hanya dikongsikan dalam trip yang dianjurkan oleh saya. Sila KLIK SINI untuk info lanjut.

 

  • JIMATKAN DOLLAR SINGAPORE ANDA – Bawa wang ke Singapura biarlah lebih dari cukup. Manalah tahu ada masalah di sana. Namun, beringatlah bila berbelanja. Bila nak keluarkan wang untuk beli..ingat, 2.5x !!!

 

  • JANGAN PILIH KERJA – Jika anda mahu cepat dapat pekerjaan di sana, jangan la banyak cerewet. Terima je kerja apa yang mudah dapat. Bila dah lama bekerja tentu anda akan nampak lebih banyak peluang yang terbuka di hadapan anda.

 

Mungkin ini saja yang boleh saya kongsikan buat masa ini. Saya nak tulis panjang – panjang pun tak ade masa. Harap anda semua mendapat kerja yang pertama di sana. Semoga berjaya dude.

The following two tabs change content below.
Berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan CAREER COACH PROFESSIONAL yang memberi coaching dan khidmat nasihat kerjaya kepada warga Malaysia yang mahu membina kerjaya di Singapura dengan bebas dan selamat. Anda Mahu Sertai Program Kerjaya Kami? Hubungi kami segera. +6012 - 222 2072 (SMS/WHATSAPP/CALL)

Latest posts by Najib Halim (see all)

Comments (5)

  1. info ke sg pertama kali
    cocok buat backpacker nih
    thanks infonya

  2. asalammualaikum tuan najib halim..
    saya berminat untuk bekerja di singapore.
    saya ingin mencari pengalaman baru untuk bekerja dgn company baru untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman kerja untuk masa depan saya.
    harap boleh membantu untuk tunjukkan cara2 mendapatkan tip untuk mendapatkan kerja kat singapore.

    1. Sila hubungi kami.

      SMS/WhatsApp 012-222 2072

  3. Assalamualaikum.. En Najib Halim.. sy teringin bekerja di Singapura.. ttp bahasa Inggeris saya cukup lemah.. apakah ada peluang utk org seperti saya ini?

    1. Sila hubungi kami.

      SMS/WhatsApp 012-222 2072