Parkroyal Hotel Singapore - Photo Dari Google

Parkroyal Hotel Singapore – Photo Dari Google

Kerja Hotel – Kerja yang paling senang nak dapat…

Mengapa ? Sebabnya anda tak perlukan SPM untuk apply. Tak de PMR pun tak pe. Walaupun kerja hotel yang biasa – biasa, anda tetap ada peluang untuk naik pangkat dan gaji. Jangan lupa pergi course yang majikan akan hantar nanti. Kumpulkan certificate yang ada value. Kemudian lompat dan lompat ke hotel yang beri lebih benefit. Sebelum tu jangan lupa English. Nak dapatkan kerja underground memang senang walaupun English hancuss. Tapi kalau nak naik pangkat dan gaji biasanya perlukan anda berkomunikasi dalam bahasa English. Mungkin tak perlu fasih. Cukup jika tau yes and no.. hehehe..

Dalam entry ni saya nak kongsikan cara mencari kerja hotel di Singapura. Mungkin saya tak dapat beri perincian, tak sesuai untuk newbie (orang yang tak pernah masuk Singapura). Jadi jika anda tidak pernah masuk Singapura, saya syorkan anda pergi bersama kawan anda. Jika tak de kawan yang biasa masuk Singapura nak buat macam mana yea ? Anda boleh hubungi saya dan saya akan daftarkan nama anda dalam Lawatan Kerjaya ke Singapura.

Berikut ialah steps…

  • Buka Google, search hotel2 di Singapura.
  • Senaraikan hotel – hotel besar (high class) yang mudah anda dapatkan public transport.
  • Utamakan yang lebih dekat dengan Woodlands Checkpoint atau Tuas Checkpoint – yang mana lebih dekat dengan rumah anda kerana ia akan jimatkan masa dan wang anda setiap hari. Gunakan Google Map.
  • Anda boleh emailkan resume atau anda pergi terus ke hotel tersebut – berikan resume anda by hand – isi borang – interview.
  • Mungkin anda akan terus dipanggil untuk interview atau diminta untuk menunggu hingga quota dikeluarkan oleh government mereka.
  • Walaupun ada majikan yang tidak kisah menghubungi anda yang menggunakan nombor telefon Malaysia, tapi saya fikir ada juga di antara mereka lebih selesa jika menghubungi anda yang menggunakan nombor telefon bimbit Singapura. Jadi, belilah simkad Starhub atau Singtel di kedai – kedai hp. Jangan lupa untuk top – up secukupnya kerana anda akan menggunakannya roaming di Malaysia.

Sekiranya anda tidak tahu bagaimana nak travel, tak tau prosedur dan proses mencari kerja yang sesuai dengan anda di Singapura, silalah daftarkan nama anda dalam Program Personal Coaching – Lawatan Pencari Kerjaya Singapura (LPKS) yang dianjurkan oleh website ini. Gerenti selamat.. Take care..

The following two tabs change content below.
Berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan CAREER COACH PROFESSIONAL yang memberi coaching dan khidmat nasihat kerjaya kepada warga Malaysia yang mahu membina kerjaya di Singapura dengan bebas dan selamat. Anda Mahu Sertai Program Kerjaya Kami? Hubungi kami segera. +6012 - 222 2072 (SMS/WHATSAPP/CALL)

Latest posts by Najib Halim (see all)

Comments (3)

  1. Asalamualaikum… saya ingin mendapatkan kerja di spore,
    terima kasih diatas pertolongan dan bantuan dari En. Najib Halim.

    1. sms/whatsapp 012-2222072

    2. Hubungi kami melalui SMS/WhatsApp untuk detail.