2015c

2015 Cun beb !!!

Tidak dapat saya selindungkan perasaan excited apabila seorang demi seorang peserta LPKS berjaya mendapatkan kerja pertama mereka di Singapura. Saya teringat ada seorang brother tu terus hubungi saya sejurus berjaya mendapatkan kerja pilihannya. Sebenarnya berjaya atau tidak mendapatkan kerja di sana adalah bergantung pada daya usaha para peserta itu sendiri. Jika peserta itu rajin keluar – masuk Singapura dan apply segala ilmu yang diperturunkan, in shaa ALLAH, adalah rezeki tu. Kalau malas nak gerak.. aii tak dapek den nak nolong..

Tahun Baru Masihi kembali lagi dan begitu juga Tahun Baru Cina yang akan menyusul pada pertengahan bulan Februari nanti pasti dan pasti sangat – sangat ditunggu oleh para pencari kerja Singapura. Kenapa ? Kerana ramai pekerja resign selepas mendapat bonus akhir tahun dan kemudiannya mereka lompat – melompat ke tempat kerja baru ataupun hanya duduk di rumah dan menghabiskan masa dengan bermain Candy Crush Saga. 😉 Aktiviti lompat – melompat ini memang biasa berlaku di mana – mana pun.

Diharapnya peluang yang datang ini direbut sebaiknya oleh kita semua.

The following two tabs change content below.
Berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan CAREER COACH PROFESSIONAL yang memberi coaching dan khidmat nasihat kerjaya kepada warga Malaysia yang mahu membina kerjaya di Singapura dengan bebas dan selamat. Anda Mahu Sertai Program Kerjaya Kami? Hubungi kami segera. +6012 - 222 2072 (SMS/WHATSAPP/CALL)

Latest posts by Najib Halim (see all)