by Najib Halim | Nov 20, 2015 | Tips - Tips

NAK JOIN TAPI TAKUT?
Saya pasti ramai kawan – kawan yg nak join Personal Coaching yg kami anjurkan tapi masih teragak – agak kerana takut ditipu. Kenapa suka sangat takut – takut ni ye, almaklumlah ramai sangat penipu di luar sana.
Dalam post ni saya share cara – cara bagaimana peserta boleh beri jaminan keselamatan kepada diri sendiri. Sila ikut langkah – langkah berikut:
1) Tidak hubungi kami kecuali melalui nombor kontak rasmi kami iaitu 012-2222072. Jika anda hubungi atau dihubungi selain dari nombor ini, maka ia bukanlah dari syarikat kami. Tiada jaminan keselamatan tau.
Ingat, kami hanya guna number 012-2222072.
2) Jika takut lagi, boleh bawa rakan-taulan, adik-beradik, ipar-duai, saudara-mara utk sama2 join coaching ini.
3) Takut lagi? Sebelum hadir coaching kami, sila pergi ke balai polis yg berdekatan utk membuat COVER REPORT. It’s easy. Saya pun biasa buat. Dalam cover report tu bubuh la lebih kurang macam ni…
“Saya akan hadir dalam Coaching yg di anjurkan oleh Think Big Management And Enterprise (Bus.Reg. JM0610866-D) ke Singapore pada tarikh sekian2 dari jam 9 pagi hingga lebih kurang 9 malam. Jika ada apa – apa berlaku kepada saya maka saya harap cover report ini dapat membantu.”
Saya harap tiada lagi peserta yg takut atau risau untuk mengikuti program kami ni. Ambil la peluang ini sementara ia masih terbuka luas. Semoga anda berjaya.
by Najib Halim | Nov 19, 2015 | Tips - Tips

Saya ditanya, kalau sudah BLACKLIST, boleh kerja tak di Singapura?
Soalan ini banyak ditanya kepada kami. Perkara pertama sekali yang kami ingin anda lakukan ialah semak status anda bagi permohonan dokumen perjalanan ke luar negara. Anda hanya perlu klik link di bawah dan isikan nombor kad pengenalan dalam web Jabatan Imigresen Malaysia.
KLIK SINI
Selepas anda tekan button SEMAK, apa yang anda lihat ialah status anda. Jika status anda “Tiada Halangan”, maka anda bolehlah buat pasport antarabangsa jika belum.
Namun, jika status anda sebaliknya, tentunya anda lebih tahu apakah sebab yang membuatkan anda disekat. Jika ia disebabkan pinjaman bank atau PTPTN, apa yang anda boleh buat ialah pergi ke Bank Negara dan print kan Laporan CCRIS anda. Kemudian pergi ke bank yang berkenaan, tunjukkan slip CCRIS tersebut dan berbincang dengan mereka bagi melakukan “RESCHEDULE LOAN”.
Selepas bank tersebut melakukan penjadualan semula pinjaman anda, cuba tanyakan kepada mereka, bilakah mereka akan update dalam sistem CCRIS. Sebaik sahaja mereka update, anda akan bebas melakukan perjalanan ke luar negeri dan boleh bekerja di Singapura atau mana – mana negara lain.
Bermanfaat? Sila share..
by Najib Halim | Nov 6, 2015 | Tips Kerjaya
Buang duit kau cakap?
Ada di antara kita mungkin berkata:
“Buat ape ikut coaching brader ni, bukan dapat kerja pon..buang duit jerr.”
Tapi tahukah anda berapa lama masa dan RM yg anda bazirkan jika anda cari kerja tanpa panduan yg betul? 6 bulan? 2 tahun? 5 – 6 ribu? Atau lebih lagi?
Fikir – fikirkan sejenak..
Kami di website ini berkomited berkongsi rahsia tentang bagaimana caranya bekerja di sana dengan bebas tanpa diikat dan ditipu. Kami telah melalui pengalaman yg cukup berharga dan sejak tahun 2011, kami telah berkongsi ilmu kami kepada ramai peserta yg hadir dari seluruh pelusok tanah air.
Jika anda join program yg mengajar secara praktikal ni, anda telah jimatkan masa dan wang beribu2 RM kerana tak perlu lagi try and error.
Jadi, anda nak tunggu apa lagi? Tiada siapa yang akan ketuk pintu rumah dan tarik tangan anda dan memaksa anda untuk berjaya. Tiada siapa!

by Najib Halim | Jan 17, 2015 | Tips - Tips

Bolehkah kita dapat pekerjaan di Singapura jika tak pandai speaking?
Seperti jawapan saya di entry SOALAN LAZIM KERJA DI SINGAPURA, boleh.
Ini disebabkan ramai pekerja – pekerja di sana yang terdiri dari orang Malaysia yang fasih berbahasa Melayu. Mereka boleh ajar kita sikit – sikit bahasa English. Jika pekerjaan anda tersebut tidak memerlukan anda berinteraksi dengan client atau customer, maka besar kemungkinan anda tak perlulah belajar ilmu bahasa itu. Namun begitu, jika anda mahu naik pangkat atau bertukar ke pekerjaan yang lebih bagus, maka anda perlu speaking English walaupun broken.
Jadi bagaimana boleh pandai speaking?
Berbahasa adalah salah satu bentuk SKILL atau kita sebut KEMAHIRAN. Untuk pandai berbahasa, kita perlu belajar dan praktik menulis, membaca, mendengar dan bercakap. Untuk fasih, tentu ia mengambil masa yang lama. Namun untuk faham tentang English, ia hanya mengambil masa kurang 30 hari (pendapat saya). 30 hari ??? Boleh ke ? Boleh. Asalkan anda tidak salah memilih bahan bacaan.
Tatabahasa – Grammar
Kunci untuk faham English atau mana – mana bahasa ialah kita perlu faham ilmu tatabahasa. Bagaimana nak buat ayat tanya, ayat jawapan negatif dan macam – macam ayat lagi maka kita kena rujuk ilmu tatabahasa. Belilah sebuah buku Grammar English hari ini. Saya sarankan buku seperti dalam entry ini kerana saya dah beli banyak buku grammar dan saya lihat buku ini paling senang dipelajari berbanding buku lain. Bukan nak promote buku ni (saya tak dapat apa2 komisyen pon). Walaupun buku ini semua isinya ditulis dalam bahasa English, namun ia menggunakan bahasa dan cara yg mudah untuk difahami. Saya tak syorkan anda beli mana – mana buku kecil yang bertajuk ’30 hari perbualan dalam bahasa English’, kerana ia hanya membolehkan anda menghafal tanpa memahami bagaimana menyusun ayat yg betul. Jika nak beli tu beli la..tapi bagi saya buku kecil macam tu tak ada kesan. Jangan lupa pula beli sebuah kamus. Semoga bermanfaat.

by Najib Halim | Nov 21, 2014 | Tips Kerjaya

Pertama kali?
Ini adalah Tips ringkas untuk warga Malaysia yang tidak pernah bekerja dan menjejakkan kaki di Negara Kota Singa tersebut. Entry ni ditulis bertujuan memberikan sedikit sebanyak informasi dan gambaran yang tepat agar dapat membantu mereka yang bercita – cita bekerja di sana dalam membuat persediaan.
- DAPATKAN INFORMASI YANG TEPAT – Inilah perkara yang paling penting yang mesti dibuat dan anda sedang melakukannya. Nak cari info tentang apa ? Sudah tentu semua pasal kerja. Jawatan apa yang ada di sana, kelayakan, gaji, work permit, hak kita (warga asing) sebagai pekerja di sana dan bla..bla..bla.. Dapatkan info yang tepat dari siapa sahaja yang penting TEPAT.
- TINGGAL DI JB – Bagi anda yang tinggal jauh dari Bandar Johor Bahru tentu akan merasa sukar untuk jalan – jalan cari kerja atau hadir sesi temuduga di Singapura. Ada baiknya anda menyewa bilik tidak jauh dari bandar. Kalau anda boleh tinggal di rumah saudara atau kawan anda di Jb, selamatlah duit tu. Jika anda masih bekerja dan tidak tergesa – gesa mendapatkan kerja, cadangan ini boleh diketepikan.
- CARI SENDIRI ATAU CARI AGENSI PEKERJAAN – Apa kelebihan anda mencari sendiri dan apa kelebihan pula anda menggunakan khidmat agensi pekerjaan ? Jawapan ini hanya dikongsikan dalam trip yang dianjurkan oleh saya. Sila KLIK SINI untuk info lanjut.
- JIMATKAN DOLLAR SINGAPORE ANDA – Bawa wang ke Singapura biarlah lebih dari cukup. Manalah tahu ada masalah di sana. Namun, beringatlah bila berbelanja. Bila nak keluarkan wang untuk beli..ingat, 2.5x !!!
- JANGAN PILIH KERJA – Jika anda mahu cepat dapat pekerjaan di sana, jangan la banyak cerewet. Terima je kerja apa yang mudah dapat. Bila dah lama bekerja tentu anda akan nampak lebih banyak peluang yang terbuka di hadapan anda.
Mungkin ini saja yang boleh saya kongsikan buat masa ini. Saya nak tulis panjang – panjang pun tak ade masa. Harap anda semua mendapat kerja yang pertama di sana. Semoga berjaya dude.
Recent Comments