by Najib Halim | Nov 20, 2015 | Tips - Tips

NAK JOIN TAPI TAKUT?
Saya pasti ramai kawan – kawan yg nak join Personal Coaching yg kami anjurkan tapi masih teragak – agak kerana takut ditipu. Kenapa suka sangat takut – takut ni ye, almaklumlah ramai sangat penipu di luar sana.
Dalam post ni saya share cara – cara bagaimana peserta boleh beri jaminan keselamatan kepada diri sendiri. Sila ikut langkah – langkah berikut:
1) Tidak hubungi kami kecuali melalui nombor kontak rasmi kami iaitu 012-2222072. Jika anda hubungi atau dihubungi selain dari nombor ini, maka ia bukanlah dari syarikat kami. Tiada jaminan keselamatan tau.
Ingat, kami hanya guna number 012-2222072.
2) Jika takut lagi, boleh bawa rakan-taulan, adik-beradik, ipar-duai, saudara-mara utk sama2 join coaching ini.
3) Takut lagi? Sebelum hadir coaching kami, sila pergi ke balai polis yg berdekatan utk membuat COVER REPORT. It’s easy. Saya pun biasa buat. Dalam cover report tu bubuh la lebih kurang macam ni…
“Saya akan hadir dalam Coaching yg di anjurkan oleh Think Big Management And Enterprise (Bus.Reg. JM0610866-D) ke Singapore pada tarikh sekian2 dari jam 9 pagi hingga lebih kurang 9 malam. Jika ada apa – apa berlaku kepada saya maka saya harap cover report ini dapat membantu.”
Saya harap tiada lagi peserta yg takut atau risau untuk mengikuti program kami ni. Ambil la peluang ini sementara ia masih terbuka luas. Semoga anda berjaya.
by Najib Halim | Sep 18, 2014 | Isu Semasa
“Orang Melayu takut kerja di Singapore ? Eh, betol ke der ? Aku tengok ramai je yang kerja sana.”
Bukan semua. Tapi yang takut tu banyak, majoriti. Mengapa mereka takut ?
MENGAPA ORANG MELAYU TAKUT BEKERJA DI SINGAPURA ?
Perkara ni saya tak dapat jawab. Mereka sendiri yang boleh jawab dengan tepat. Tapi dari feedback yang saya dapat, saya boleh rumuskan bahawa cuma satu sebab mengapa orang kita takut nak bekerja di sana.
TAKUT DITIPU AGENSI PEKERJAAN !
Ya, ni lah faktornya. Takut ditipu. Takut gaji tak dibayar. Takut dijual. Takut dirogol..dan banyak lagi lah. Jadi sejauh mana kebenarannya ? Benarkah agensi di sana selalu tipu orang, jual orang dan makan orang ??? Eh, tak de la sampai makan orang.. hehehe.
Saya memang selalu dengar agensi pegang passport tapi tak pernah dengar pulok ada agensi jual orang. Minta dijauhkanlah benda – benda macam ni. Mengapa agensi pegang passport dan menahan pekerja dari keluar Singapura ? Perkara ni saya sudah jawab dalam entry yang lain → SILA KLIK SINI. Tak semua agensi nak pegang passport kita. Mereka pegang pun bersebab. Banyak agensi yang bagus dan profesional.
APAKAH JALAN PENYELESAIAN ?
Baca dan baca dan baca. Inilah penyelesaiannya. Kita mudah ditipu jika kita jahil dan tak nak ambil tahu. Bagi mereka yang mahu bekerja di sana melalui agensi pekerjaan, nasihat saya banyakkan membaca. Sebelum baca semua helaian agreement agensi pekerjaan, baca juga mengenai hak anda sebagai pekerja di Singapura di website rasmi di bawah ini. Website ini penuh informasi. KLIK SINI
Bukan mudah nak ubah mind – set orang. Jika saya bercakap di telefon selama satu jam untuk buat mereka percaya pada trip yang saya anjurkan, belum tentu mereka percaya. Tak hairanlah jika yang hadir dalam trip kerjaya saya hanyalah sebanyak 30 % dari jumlah peserta yang mendaftar. Tak mengapalah.
Apa pun saya ucapkan TAHNIAH kepada semua ALUMNI Personal Coaching LPKS yang telah sertai trip kerjaya ke Singapura. Saya doakan semua sukses dunia dan akhirat.
 |
Peserta LPKS Datang Dari Seluruh Malaysia |
 |
Permandangan Malam Di Marina Bay |
 |
Para – Peserta Melakukan Praktikal |
by Najib Halim | Sep 18, 2014 | Tips Kerjaya
Trip beberapa hari yang lepas ( 10hb Ogos 2014 ) juga tidak mengejutkan saya. Semua peserta sudah bermastautin lama di Johor. Ramai betul peserta yang datang dari Johor. Kenapa ye ? Tentulah kerana mereka yakin untuk bekerja di Singapura. Mereka yang sertai trip ni bukan semuanya anak jati Johor. Ramai yang berkelana dan mengembara, macam saya ni. Ada yang datang cuma nak top – up sikit knowledge, nak tahu itu dan ini..
Entry kali ini adalah pandangan saya mengapa orang luar atau bukan orang Johor (yang tidak tinggal di Johor) tidak ramai dan tidak mahu bekerja di Singapura.
Mengapa?
- Takut ditipu, dirogol atau dijual oleh agensi pekerjaan. Sudah banyak Kisah Misteri yang mereka dengar. Jika memang ada agensi pekerjaan yang tak berintegriti, ingat..tak semua begitu. Dalam 100 yang bagus mungkin ada 1 yang tak bagus.
- Mereka fikir Singapura ni jauh la sangat. Pada hal cuma 1 kilometer je dari Johor Bahru.

Pandangan Johor Bahru dari Woodlands Photo – Google
- Mereka tak mahu kerja di Singapura kerana mereka fikir untuk bekerja di sana wajib guna agensi pekerjaan dan mereka sangat takut ditipu agensi. Mereka salah. Salah sangat – sangat. Sebenarnya kita boleh mendapatkan kerja tanpa perlu guna agensi pekerjaan dan ianya mematuhi undang – undang !
- Mereka fikir semua kerja nak pakai English. Tak semua.
- Mereka fikir kos sara hidup di Singapura sangat mahal. Ini pon salah. Yang betul ialah tersangatlah mahal. Tapi memang ada cara nak jimat duit. Antara caranya ialah duduk di Jb.
- Mereka tidak tahu bahawa kami di Think Big Management and Enterprise (JM0610866-D) ada menganjurkan lawatan kerjaya (LPKS) yang mengajar secara praktikal bagaimana mencari kerja secara berdikari dengan SELAMAT tanpa bergantung kepada mana – mana agensi pekerjaan yang bermasalah. Nak tau apa itu LPKS ? KLIK SINI.
Pssst… Jika orang luar Johor tahu seperti yang kita tahu, tentu ramai yang akan serbu Singapura untuk bekerja. Bertambah sesak la kastam nanti… adessssss….
Recent Comments