by Najib Halim | Sep 18, 2014 | Tips - Tips
Dalam entry ini saya kongsikan tips – tips untuk keselamatan diri bila berada di dalam bandar besar seperti Johor Bahru. Mengapa saya mentioned kan JB ? Orang JB jangan marah noh.. Bukan nak kata JB ni banyak penyamun. Cuma nak beritahu banyak orang luar masuk JB. So, kita kena ambil langkah berjaga – jaga la noh…
● elakkan simpan wallet dalam poket seluar belakang
● elakkan mengeluarkan wang di tempat awam
● elakkan berjalan seorang diri di jalan / lorong yang sunyi
● elakkan menggalas beg di belakang, atau pastikan semua zip berkunci
●elakkan meletakkan barang anda di tempat letak barang di belakang mangkuk tandas sekiranya dinding sebelah lebih rendah dari siling ( seperti tandas wanita di sebelah Pejabat C.I.Q Johor Bahru )
● elakkan berkongsi sewa bilik
● elakkan membiarkan pintu bilik tidak berkunci ketika keluar atau tidur
● elakkan berkongsi rumah dengan orang yang anda tidak kenali
● elakkan meletakkan barang di atas meja di tempat awam
● elakkan membawa masuk kawan kepada kawan anda ke dalam rumah / bilik anda
● elakkan berjalan leka di tempat awam yang sesak – berwaspada !
● elakkan mendekati orang yang tercicir / sengaja menjatuhkan barang / syilingnya – mungkin mereka ada taktik dan bekerja secara berkumpulan
● elakkan memakai barang kemas terutama emas
● elakkan membawa tas tangan yang bertali panjang
Banyak lagi tips nak elak dicuri dan disamun, tak tertulis di sini. Harap semua pandai jaga diri yea..
by Najib Halim | Sep 18, 2014 | Tips - Tips

Pengurup Wang Berlesen – Google
Ramai sahabat – sahabat saya memberitahu kes – kes rompakan dan ragut selepas menukar wang Sing Dollar di Johor Bahru sehingga menggerakkan saya untuk menulis entry ini.
Perompak – perompak biasanya bergerak secara berkumpulan menaiki motor atau kereta dan biasanya bersenjatakan parang.
Modus operandi mereka bergerak di waktu malam, mengekori mangsa yang bersendirian setelah memerhati mangsa ketika menukar wang di Money Changer.
Solusi yang terbaik yang boleh saya sarankan ialah :
- Tukar pada waktu siang di Johor Bahru
- Pergi ditemani kawan yang boleh dipercayai
- Atau solusi terakhir ialah anda boleh tukar wang di Singapura
Betulkan caranya, mudah – mudahan selamat.
Recent Comments