
Tiada KUOTA Kerja Di Singapore???
Saya selalu dihubungi sama ada melalui fan page facebook mahu pun WhatsApp. Antara soalan lazim yang diajukan ialah ” Sudah tiada kuota untuk pekerja Malaysia ke abang handsome ? ” ( hehehe.. yang hujung tu saya yang tambah, naik geli bila saya baca berkali – kali ).
JAWAPAN
Sejak kebelakangan ini pemerintah Singapore telah mengambil inisiatif dengan mengecilkan bilangan pekerja asing dalam sesebuah syarikat bagi mengimbangi bilangan pekerja tempatan (Singaporean). Jadi, setiap syarikat kecil atau besar di sana mempunyai KUOTA pekerja asing (bilangan had) yang diperuntukkan.
Semua industri pekerjaan di sana telah dibahagikan kuota untuk warga Singapura, PR (Permenant Resident), S Pass dan warga asing. Pembahagian ini adalah berdasarkan jumlah pekerja dalam syarikat itu. Sekiranya 1 orang pekerja lokal (warga Singapura) telah diambil bekerja dalam syarikat A. Maka syarikat A hanya layak mengambil sebanyak 7 orang pekerja yang memegang Work Permit (warga asing) dan tidak boleh lebih dari itu. Sekiranya syarikat A mahu mengambil lebih banyak pekerja asing, maka mereka perlu menambah bilangan pekerja lokal supaya seimbang nisbah 1:7.
Oleh kerana jumlah kuota itu adalah berdasarkan jumlah pekerja di sesebuah syarikat, maka adalah jelas ia tidak bermusim. Boleh jadi anda akan berjumpa 10 atau 1000 syarikat yang tiada kuota pekerja asing. Namun ia tidak bermakna semua kuota sudah penuh di Singapura. Singapura ni besar der. Tak pandai nak cari? Sertailah program kami selama sehari dan anda akan expert mencari kerja mengalahkan orang yang sudah bekerja 5 – 6 tahun di Singapura.
Recent Comments