DOLLAR SING NAIK LAGI !

DOLLAR SING NAIK LAGI !

 

100-dollar-new-signature-goh-chok-tong

 

Biar betul..

Baru – baru ni kawan saya tukar wang RM ke SGD dan terkejut mata wang SGD ni dah semakin tinggi. Bagi mereka yang bekerja di Singapura tentulah ini berita baik yang selalu ditunggu – tunggu bila dapat gaji. Namun bagi mereka yang mahu datang ke Singapura untuk melancong..nampaknya masa – masa begini tidak menguntungkan mereka. Mereka terpaksa bayar lebih tinggi dari biasa.

Harapan kita (pekerja) agar SGD terus naik dan naik lagi. Nak kerja buat o.t pon syok. Masyuuuuuuk beb !!!

HANYA SPM GAJI MENCECAH RM6000 !

HANYA SPM GAJI MENCECAH RM6000 !

Contoh Pay Slip Pekerja Operator Di Singapura

Contoh Pay Slip Pekerja Operator Di Singapura

” Wahhh, biar betul, betul ke ni bro.. ! “

Betul la tu..

Sebagai contoh, gaji basic operator yang menggunakan SPM sekarang ni jika tukar ke RM sudah mencapai lebih dari RM3000 (Jika dikira basic SGD1000). Jika ditambah elaun dan overtime banyak mana dapat ? Boleh mencecah RM6000 beb !!!

” Fuyyoooo, banyok ye.. tak tau nak beli ape kalo dapat gaji gini.. “

Tak tahu nak beli ape ? Bila anda dah dapat gaji macam tu nanti anda rase tak cukup pulak tau. Sebab pe tak cukup ? Iyelah, nak beli rumah 2 tingkat, kereta nak tukar vios, nak upgrade itu dan ini..sampai bila pun tak akan cukup der..kalau tak ade ilmu pengurusan kewangan.

Perbezaan Gaji Bekerja Di Singapura

Perbezaan Gaji Bekerja Di Singapura

Sebenarnya saya tak ingin membandingkan sesuatu perkara pun antara negara kita Malaysia dengan negara asing walau apa jua kenyataannya !!! huhuhu.. nasionalis tu….
Namun begitu,  apa yang nak dikongsikan di sini sudah sedia maklum oleh orang ramai.

 

Dari segi nilai pendapatan basic pekerja di Malaysia dan Singapura sangat jauh berbeza. Ini adalah disebabkan kadar tukaran wang negara itu yang sudah mencecah 2.5 kali ganda untuk setiap Ringgit !!! Fuyyyooooo !!!

Siapa yang sudah pernah bekerja di Singapura, sudah tentu merasa berat untuk makan gaji di tanah air. Kecualilah jika ada peluang dan benefit yang lebih baik seperti berniaga dll.