DITIPU AGENSI ?

DITIPU AGENSI ?

importance-of-employment-agencies-in-singapore-1

Jangan ditipu agensi ini, cajnya mahal nak mamp*s..

Adakalanya saya membaca post2 dalam group di fb. Ada post ┬ámenulis “Jangan tertipu dengan agensi pekerjaan ini”. Di bawah post nya tertera gambar agensi yang dimaksudkan yg menawarkan pekerjaan dan tertulis berapa kos tawaran khidmatnya. Dalam hati saya berkata, adakah orang yang post ni betul2 membaca gambar yang dipost ? Jika agensi sudah terangkan berapakah kos khidmat yang harus dibayar oleh kita, kita pula bersetuju dengan kerja dan jumlah bayarannya, adakah itu dimaksudkan menipu ?

Hahaha… Jangan salah faham, saya bukan agensi tau. Jika kita tak suka memberi wang kepada agensi sekalipun, janganlah cepat melatah menghukum mereka semuanya menipu. Di manakah sifat adil kita dalam menganalisa sesuatu maklumat ? Baca, faham dan kajilah dulu maklumat yang sampai kepada kita itu tanpa berat sebelah dan tanpa emosi.

Pada sesiapa yang mahu bekerja di sana, saya nasihatkan dengan tegas bacalah semua perkataan dan nombor dalam agreement yang diberi. Tak semua agensi kurop. Ada banyak yang bagus. Jika tidak mahu bagi wang kepada agensi, cari lah agensi yg tidak kenakan caj atau cari lah kerja sendiri. Tapi ingat bro ! Nak redah pun biarlah berilmu. Tanye orang jika tak tahu. Kalau tak ada tempat bertanya, hubungi saya (SMS/WhatsApp). Jika saya ada kelapangan saya akan jawab semua persoalan. Nak lagi mudah, sertai Program Personal Coaching satu hari yang saya anjurkan. Program ini akan memberi peluang kepada peserta untuk mendapat guide dari Pakar Kerjaya hingga anda dapat kerja yang pertama di sana.