DITIPU AGENSI ?

DITIPU AGENSI ?

importance-of-employment-agencies-in-singapore-1

Jangan ditipu agensi ini, cajnya mahal nak mamp*s..

Adakalanya saya membaca post2 dalam group di fb. Ada post  menulis “Jangan tertipu dengan agensi pekerjaan ini”. Di bawah post nya tertera gambar agensi yang dimaksudkan yg menawarkan pekerjaan dan tertulis berapa kos tawaran khidmatnya. Dalam hati saya berkata, adakah orang yang post ni betul2 membaca gambar yang dipost ? Jika agensi sudah terangkan berapakah kos khidmat yang harus dibayar oleh kita, kita pula bersetuju dengan kerja dan jumlah bayarannya, adakah itu dimaksudkan menipu ?

Hahaha… Jangan salah faham, saya bukan agensi tau. Jika kita tak suka memberi wang kepada agensi sekalipun, janganlah cepat melatah menghukum mereka semuanya menipu. Di manakah sifat adil kita dalam menganalisa sesuatu maklumat ? Baca, faham dan kajilah dulu maklumat yang sampai kepada kita itu tanpa berat sebelah dan tanpa emosi.

Pada sesiapa yang mahu bekerja di sana, saya nasihatkan dengan tegas bacalah semua perkataan dan nombor dalam agreement yang diberi. Tak semua agensi kurop. Ada banyak yang bagus. Jika tidak mahu bagi wang kepada agensi, cari lah agensi yg tidak kenakan caj atau cari lah kerja sendiri. Tapi ingat bro ! Nak redah pun biarlah berilmu. Tanye orang jika tak tahu. Kalau tak ada tempat bertanya, hubungi saya (SMS/WhatsApp). Jika saya ada kelapangan saya akan jawab semua persoalan. Nak lagi mudah, sertai Program Personal Coaching satu hari yang saya anjurkan. Program ini akan memberi peluang kepada peserta untuk mendapat guide dari Pakar Kerjaya hingga anda dapat kerja yang pertama di sana.

PEKERJA SINGAPURA TAK DAPAT BALIK MALAYSIA !

PEKERJA SINGAPURA TAK DAPAT BALIK MALAYSIA !

passport malaysia

Photo – Google

Entry ini tidak bermaksud menuduh semua agensi pekerjaan tidak berintegriti. Sebenarnya banyak agensi memainkan tanggungjawab mereka dengan profesional. Tujuan entry ini ditulis hanyalah bertujuan untuk membuka kesedaran pembaca agar lebih berhati – hati dalam memberi informasi dan dalam membuat sebarang keputusan.

BENARKAH PEKERJA MALAYSIA TAK DAPAT BALIK MALAYSIA? SIAPA SALAH?

Benar der.. Banyak kali dah telinga saya dengar hal ni terutama beberapa tahun yang lepas. Kenapa ia berlaku ? Kerana mereka mendapatkan pekerjaan melalui khidmat Agensi Pekerjaan. Apa ? Agensi ??? (Perkataan ini seolah – olah menuding jari kepada agensi pekerjaan)

Tapi, siapa sebenarnya yang salah ? Siapa ? Siapa ?

Begini al kisahnya. Apabila para pekerja mendapatkan khidmat agensi pekerjaan, pihak agensi akan caj mungkin lebih atau kurang dari SGD 1000 untuk khidmat yang mereka berikan (Tak semua agensi yg mengenakan caj sebegini. Ada agensi yg tidak mengenakan apa – apa caj kepada pekerja, hanya caj kepada majikan namun majikan tidak mengenakan caj kepada pekerja). Agensi juga menyediakan hostel di Singapura dan pinjaman bagi sesiapa yang tidak mempunyai modal yang cukup untuk membuat pasport dan menampung kos sara hidup di sana. Bagus la ada agensi macam ni, kan..kan ? Tolong orang susah. Orang yang tengah pokai pun boleh masuk kerja sana. Walaupun mereka makan ‘bunga’, pekerja biasanya masih mampu untuk bayar.

Untuk menyelesaikan masalah hutang dengan pekerja ni, agensi akan meminta mereka menandatangani satu perjanjian yang menghendaki pekerja membayar semua caj secara ansuran. Tempoh perjanjian dan ansuran itu biasanya SATU TAHUN. Dalam tempoh itu, pasport mereka akan dipegang oleh agensi. Ini bermakna mereka tidak boleh menukar kerja, berhenti atau pun pulang ke Malaysia. Hal ini mungkin ada dalam agreement yang mereka tandatangani. Mereka ada baca tak ? Patut tak agensi ni pegang passport ? Mungkin agensi akan menjawab ” kalo wa talak pegang itu passport aa, itu musti pekerja lari talak bayar wang wo..lari lintang pukang woo”. hehehe.
 
Antara story yang saya dengar dari peserta – peserta yang sertai trip saya..mereka berkata pernah mendengar cerita bahawa ada pihak agensi yang tertentu tidak memberi kerja yang menjadi pilihan pekerja. Ya, ada. Tapi bukan semua agensi begitu. Katakanlah semua hal ni dah termasuk dalam agreement, jadi takde sebab kita perlu melenting. Persoalannya yang selalu saya tanya, kenapa tak mahu baca agreement then nak salahkan orang lain ? Kamu dah setuju dan sign pada kertas kemudian nak marah? Nak marah siapa? Jika memang ada perkara yang tak termasuk dalam agreement atau agreement tu memang langsung tak wujud, ini memang salah agensi la. Tapi jika semua perkara ni dah termasuk dalam agreement, ia bukan salah agensi lagi. Sebab itu kita dinasihatkan untuk baca dan fahami betul – betul isi kandungan agreement sebelum kita setuju dan tandatangan. Sebelum bersetuju, fikirkan juga segala kemungkinan yg mungkin terjadi seperti kerja yang diberikan tak seperti our expectation.
 

JANGAN CEPAT MELATAH

Saya tidak mahu menyebelahi kepada mana – mana pihak dalam isu ini. Apa yang nak saya highlight kan ialah janganlah kita cepat menilai sesebelah pihak hanya dengan mendengar story dari sebelah pihak sahaja. Jika hati dan fikiran kita dirasuk emosi negatif, tentu mudah kita menyalahkan orang tanpa penilaian rasional dan FAKTA YANG KUKUH. Jadilah orang yang waras dan berfikiran lurus dalam menilai sesuatu perkara. Jangan selalu duk angguk kepala je. Pastikan dulu informasi yg diterima dan disampaikan itu sememangnya adalah satu fakta, bukannya auta atau gossip yang tidak berasas.
 

JIKA TIDAK MAHU DITIPU SESIAPA, BAGAIMANA CARANYA ?

Kerap kali saya tegaskan dalam trip yang saya anjurkan, berdirilah di kaki sendiri. Jangan percaya kepada orang yang salah dan informasi yang salah. Carilah kerja sendiri tanpa bergantung dengan sesiapa dan mana – mana agensi yang tidak kita kenali. Jika mahu bekerja melalui agensi, pastikan agensi itu benar – benar profesional dan boleh dipercayai. Jangan lupa baca dan faham betul – betul kandungan agreement. Sebaiknya kumpullah duit hingga tak perlu pinjam dengan sesiapa pun. Jika tak pandai kumpul duit, gaji RM 10K pun belum tentu cukup untuk sebulan.
 
Jika anda tidak tahu arah tuju, sila contact saya dan saya akan berikan Personal Coaching secara profesional. Selepas mendapat coaching, anda akan expert teknik – teknik mencari kerja secara berdikari tanpa perlu diikat dan ditipu seperti mereka yg pernah ditipu.
Agensi Pekerjaan Yang Bagus?

Agensi Pekerjaan Yang Bagus?

Ramai juga yang menghubungi saya bertanyakan agensi pekerjaan yang boleh “dipakai”. Ini antara pertanyaan yang susah saya nak jawab. Biasanya bila saya ditanya soalan begini, saya akan terus menjawab ” tidak tahu “. Ini adalah jawapan yang paling simple, tepat dan selamat yang boleh saya berikan.

 

Tak dinafikan dalam poket saya ni ada senarai agensi pekerjaan yang mempunyai kredibiliti. Namun begitu, timbul beberapa persoalan dalam fikiran saya. Ia adalah tentang sikap profesional yang saya amalkan.

 

Amat sukar untuk meramalkan tempoh hayat kredibiliti sesebuah company jika ia bukan company kita sendiri. Maka adalah lebih mudah jika saya memberi jawapan profesional..

 

“Saudara boleh pakai mana – mana agensi yang saudara suka. Baca dan fahami agreement. Setelah mendapat gambaran jelas agreement tersebut, fikirlah sedalam – dalamnya dan barulah buat keputusan. Jangan hanya dengar penjelasan dari agen. Jika tak boleh baca agreement yang dalam bahasa English tu, bawaklah jumpa kawan – kawan yang pandai English. Jika ia berbaloi, teruskan.. Jika berlaku apa – apa, jangan cari saya taw..hehehe”.
10475516_1484584248472510_1392230631128237737_n