LPKS

Sudah lebih 5 tahun saya menganjurkan Program Personal Coaching – Singapore Career Coaching (SCC). Mereka yang menemui saya terdiri dari pelbagai taraf sosial dan pendidikan. Datang dari seluruh Semenanjung Malaysia. Ada yang berumur 20-an hingga lebih 40-an. Ada yang baru fresh graduate dan ada juga ahli perniagaan. Siapa pun mereka – saya respect kerana berani dan sanggup mencari peluang kerjaya di negara orang.

Bekerja di negara orang bukanlah bermaksud kita sudah tak de harapan di negara sendiri atau jalan terakhir bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan. Ini mind – set yang salah. Bagi saya bekerja di negara orang adalah satu – satunya cara efektif untuk kita belajar berdikari, belajar cara kerja dan life orang luar yang lebih maju. Inilah ilmu dan pengalaman yang amat mahal yang tak akan kita dapat bila berada dalam negara sendiri. Anda juga mahu bekerja seperti mereka? SILA KLIK SINI

Dalam entry ni saya nak kongsikan Soalan Lazim yang ditanya kepada saya semasa trip dan juga di media sosial.

SOALAN LAZIM

TAK ADE SPM, BOLEH KERJA ?

Boleh. Tak ade PMR dan UPSR pun tak ape. Ade macam – macam kerja boleh dipilih.

TAK PANDAI ENGLISH, BOLEH KERJA ?

Boleh jugak. Saya pernah bawa seorang akak ni ke sebuah restauran western food di area Bugis Street. Memandangkan akak ni zero English, saya pun jadi tukang translate. Manager ni cakap (dalam bahasa English) tak pandai speaking pun tak ape. Sebabnye ramai pekerja di situ pun bermula dari zero English. Boleh pakat – pakat belajar sikit – sikit yang simple – simple dari diaorang.

BERAPA RM BUAT PASSPORT ANTARABANGSA ?

Kini kita boleh miliki Passport Antarabangsa 5 tahun dengan harga RM200.

BAGAIMANA BUAT PASSPORT ?

Pergi je mana – mana Kaunter Imigresen bawa RM200. Siap dalam masa 2 jam.

BERAPA RM BUAT LEVY / PERMIT ?

Kenapa tanye soalan ni, macam bro nak bayor je ? Bayarannya lebih kurang dari SGD 250 hingga SGD 750 sebulan. Bergantung kepada taraf akademik / skill pekerja dan bidang pekerjaan yang diceburi. Jangan bimbang, bukan pekerja yang bayar. Majikan yang bayar levy/work permit ni.

ADAKAH GAJI AKAN DITOLAK UNTUK BAYAR LEVY ?

Tak. Jika dalam iklan atau agreement tu majikan nak bagi gaji SGD 1300 sebulan, maksudnya bulat – bulat korang akan dapat SGD 1300 tu.

MAHAL TAK KOS JIKA NAK STAY DI SINGAPURA ?

Mahal la der. Buat ape nak stay dalam tu. Orang Singapura pun datang Jb nak stay. Diaorang pun tahu cara nak jimat. Stay je di Jb. Boleh sewa bilik atau sebijik rumah. 

MAHAL TAK KOS TAMBANG DARI JB KE SINGAPURA ?

Tol dah naik !!! Memang ia beri kesan yang hebat kepada pengguna seperti kita yang guna kenderaan hari – hari. Namun begitu, pengguna yang paling kurang terasa impaknya ialah pengguna bas awam. Tak ade masalah, bas awam memang bersepah. Bas CW1 dari Jb CIQ ke Kranji hanya RM 1.50. Jika nak balik kita guna dollar. Caj tambang ni adalah tepat semasa entry ini diupdate, esok – esok tak tau lah.

BERAPA GAJI PALING MURAH DI SINGAPURA ?

Ini memang soalan favourite korang kan ? Mengaku je.. hehehe.. Gaji basic paling ‘busuk’ untuk kerja unskilled (tidak mahir) lebih kurang SGD 1000. Kerja unskilled ni macam cleaner dan hotel – tak perlu ada SPM. Kalau tukar RM boleh dapat lebih atau kurang RM 3000 (terpulang pada rate semasa). Kalau ada allowance dan overtime tentu dapat lebihlah.

Gaji pekerja operator kilang yang menggunakan SPM adalah lebih tinggi dari tu. Susah nak tentukan minimum sebab ia bergantung kepada majikan tu. Banyak benefit yang company bagi maka sikitlah basic gajinya. Biasanya kalau tempat kerja tu jauh dari Woodlands Checkpoints maka gajinya lebih tinggi berbanding tempat kerja yang lebih dekat dengan Woodlands Checkpoints.

Bagaimana dengan gaji technician, bank officer, admin dll ? Sudah tentu lebih tinggi. Kalau pekerja unskilled boleh dapat gaji macam manager – manager bank di Malaysia, maka pekerja skill dan yang ada sijil akademik tinggi akan dapat gaji macam menteri – menteri di Malaysia (ayat ni over sangat..tak pe, bior nampak gempak gitu der). Eh, betul meh ? Betul kot. Sembang kedai kopi pun tak guna la der. Moh orang kampung datang sendiri tengok.

KUOTA TAK ADE?

Pemerintah Singapura dah buat sistem kuota. Setiap company ada kuota untuk local (warga Singapura) dan pekerja asing (kite la tu). Jika company yang anda terjah tu bagitau dah tak de kuota, jadi pandai – pandailah bawa diri cari kerja kat company lain plok ye.

BOLEH BUAT LOAN BELI RUMAH, KERETA DI M’SIA ?

Boleh bro. Asalkan gaji anda masuk dalam akaun bank di Singapura.

BOLEH BELAJAR DI SINGAPURA ?

Ye. Kita boleh sambung belajar di sana. Cakap je nak belajar ape, kursus jangka pendek, kursus jangka panjang, skill, diploma, degree, semua ada. Ingat, sijil Singapura value tinggi beb! Standard UK gitu. Jika nak upgrade, banyak – banyakkan research dan hadiri kelas untuk dapat sijil yang ada value. Boleh buat part – time. Malam kerja, siang tidur dalam kelas. hehehe..

BOLEH PERCAYA AGENSI PEKERJAAN ?

Kami bukan agensi, jadi kami tak mau komen banyak sangat tentang ni. Kalau nak ikut agensi pekerjaan, silakan. Tapi ingat baca dan fahamkan dulu isi – isi dalam agreementnya dulu sebelum sign. Memang ramai yang mencari agensi, maklumlah agensi boleh tolong buat passport, sediakan tempat tinggal, bagi pinjam duit makan dan sebagainya. Biasanya agensi macam ni akan caj sebulan gaji dan semua bayaran tu diambil dari gaji setiap bulan. Potong sikit – sikit.

BOLEH TAK SAYA CARI SENDIRI KERJA TANPA BERGANTUNG KEPADA AGENSI ?

Boleh. Inilah cara yang terbaik. Saya selalu syorkan sesiapa sahaja yang menghubungi saya agar berdirilah di kaki sendiri. Anda boleh mencari dan memilih kerja yang anda suka tanpa dipaksa dan tanpa diikat.

SIAPA BOLEH BANTU SAYA NAK KERJA DI SINGAPURA ?

Jika anda tak pernah kerja dan travel ke sana, anda boleh sertai Program Personal Coaching yang saya anjurkan. Berkumpul jam 9 pagi di Jb Sentral dan pulang dari Singapura dalam jam 9 malam. Saya sebagai Pakar Kerjaya akan ajar anda semua perkara yang perlu diketahui untuk mencari kerja dengan SELAMAT tanpa bergantung dengan mana – mana individu yg tidak bertanggung jawab. Dah ramai yang join. Jangan salah faham. Kami bukan agensi pekerjaan. Kami adalah Personal Coach yang profesional. Anda mahu tengok testimoni ? SILA KLIK SINI

Nak join tak? SILA KLIK SINI

Kalau informasi di atas ni  berguna untuk kalian, sudilah tekan LIKE BUTTON DAN SHARE di bawah ni yea.  😎 

The following two tabs change content below.
Berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan CAREER COACH PROFESSIONAL yang memberi coaching dan khidmat nasihat kerjaya kepada warga Malaysia yang mahu membina kerjaya di Singapura dengan bebas dan selamat. Anda Mahu Sertai Program Kerjaya Kami? Hubungi kami segera. +6012 - 222 2072 (SMS/WHATSAPP/CALL)

Latest posts by Najib Halim (see all)

Comments (44)

  1. Interesting in this

  2. saye nk keje di singapura

    1. Hubungi kami melalui SMS/WhatsApp untuk detail.

  3. Assalamualaikum saudara Najib Halim.Sebelum membaca entry anda ini saya sememangnya ada berfikir untuk mencari pekerjaan di Singapore. Namun keterbatasan terhadap maklumat dan pengetahuan yang ada. Setelah membaca entry anda ini alhamdulillah dapat juga sedikit ilmu tentang cara untuk bekerja di singapore. Pada pendapat saya entry yang anda buat ini sangat baik untuk menolong masyaraky yang ingin bekerja di singapore. Tetapi bagi pendapat saya perlu lebih terperinci. Lebih elok bagi prosedure dari A-z. seperti dari mendapatkan passport. selepas mendapat passport beri petunjuk cara untuk apply pekerjaan samaada internet atau cara lain. selepas ditawarkan kerja apa yang perlu dilakukan. dan sebagainya. saya ada satu persoalan lawatan kerja ke singapore yang anda makaudkan itu adakah selalu diadakan? di mana boleh saya mendapatkan maklumat tentang lawatan tersebut. Diharap saudara sudi untuk menjawab persoalan saya ini dan seterusnya dapat membantu saya untuk mencari pekerjaan di sana kekal. Terima kasih saudara Najib Halim

    1. Wa`alaikummussalaam.

      Kami memang sengaja tidak memperincikan step2 bagaimana proses mendapatkan kerja di SG kerana sudah banyak blog2 dan forum2 telah menulis tentang ini. Bagi saya, apa yang lebih penting ialah PRAKTIKAL. Disebabkan itu kami menganjurkan Program Personal Coaching LPKS ini. Hubungi kami melalui SMS/WhatsApp untuk detail.

  4. macam mana content encik

  5. Saya berminat tapi tak tahu mcm mana nak cari kerja di sana. Bagaimana ye?

    1. Hubungi kami.

      SMS/WhatsApp sahaja
      012-2222072

  6. Salam ..mcamana nk berhubung dgn tuan?

    1. wslm.

      SMS/WhatsApp sahaja
      012-2222072

  7. Saya nk keje di sg, blhnsya taw cara2 nya

    1. Sila hubungi kami.

      SMS/WhatsApp 012-222 2072

  8. SELAMAT PAGI. INI BUKAN TIPUKAN SEBAB RAMAI ORANG TIPU MACAM INI .KALAU TAK TIPU SORRY BANYAK SANGAT YA.SAYA NAK DATANG KE SINGAPURE TAPI SAYA TATAHU NAK TINGGAL MANA , KERJA MANA DAN SEBANGAINYA. MACAM MANE NAKCARI KERJA DEKAT SINGAPURE YE.TOLONG REPLAY UNTUK SAYA.

  9. Boleh percaya Ker? Kena naik flight ker pi sane

    1. Hubungi kami.

      SMS/WhatsApp sahaja
      012-2222072

  10. Aslamukum.. Nak cari job
    Soalan atau hotel
    Tak kisah la janji
    Im have job…

    1. Hubungi kami.

      SMS/WhatsApp sahaja
      012-2222072

  11. Saya nak cari kerja disingapura sebagai feshion designer .kelulusan ijazah sarjana muda dari uitm.shah alam.berpengalaman selama 2 tahun dlm bidang mereka fishion..pernah bekerja dibawah tiara jequlina bersama teater p.ramlee dan lain2..

    1. Hubungi kami.

      SMS/WhatsApp sahaja
      012-2222072

  12. Assalammulaikum…En Najib…..saya berminat tapi saya tak tahu macam mana nak cari kerja dekat sana saya berminat nak bekerja dekat uss…..tapi saya zero Inggeris itu membuat kan saya kurung yakin……

    1. Hubungi kami.

      SMS/WhatsApp sahaja
      012-2222072

  13. Saya nak tanya, coaching ni pergi ramai ramai ke atau sorang sahaja?

    1. Terpulang berapa ramai peserta yang hadir. Biasanya ramai.

  14. nk tnye kite kene mntk dkt boss utk dapatkn levy permit??

    1. Permit dipohon oleh majikan kita.

  15. Aslm..Tn N.H… Interested …bla program seterusnya…

    1. Sila hubungi kami.

      SMS/WhatsApp 012-222 2072

  16. Assalamualaikum. Saya nak tanya kalau kita bekerja di singapura. Adakah majikan kita yg akan hold passport kita atau kita yang pegang passport kita?

    1. Sila hubungi kami.

      SMS/WhatsApp 012-222 2072

  17. Saya berminat bkerja d sgapore..sektor pembinaan..
    Ada pgalaman lbh krg 4 thn…sektor pembinaan..
    Jika ada. K.kosongan ..blh hubugi saya 0164945714

    1. Sila hubungi kami.

      SMS/WhatsApp 012-222 2072

  18. Sekarang says bekerja sebagai engineering executive disebuah syarikat swasta dlm bidang automotive..adakah peluang saya untuk bekerja disana(Singapore)
    Lulusan diploma
    Tq

    1. Sila hubungi kami.

  19. Tumpang tanya, pasal levy ni , maksudnya memang xdek ape2 potongan daripada gaji ke? Tapi kalau majikan dah buat potongan tu ? Boleh ke ambik semula duit tu bila nak berhenti nnti?

  20. Saya mahu kerja di singapore .sy belajar setakat spm.

    1. Sila hubungi kami.

      SMS/WhatsApp 012-222 2072

  21. Salam… agak2 lh bpe bajet yg patut kne sdiakn klu bru nk riki2 @ yg bru nk mula kje sna? Rata2 waktu kje sna sma cm kt Malaysia ke?
    Hp: 01115053195 – adzhar

    1. Sila hubungi kami.

      SMS/WhatsApp 012-222 2072

  22. Assalam en najib
    Kalau sy nk kje s’pore dimana sy perlu tgal di jb ke s’pore. Kalau tgal di jb tkde masalah ke utk ke tpt kje maksud sy ketepatan masa. tq

    1. Sila hubungi kami.

      SMS/WhatsApp 012-222 2072

  23. Berapa bayaran?

    1. Sila hubungi kami.

      SMS/WhatsApp 012-222 2072

  24. mcmane nak cari bilik di singapura?kerja dah dpt.

    1. Tuan/Cikpuan boleh cari di fesbuk