Jom Saya Bongkarkan Rahsia Mencari Kerjaya ‘Tersembunyi’ Yang Berpendapatan 5-6 Angka Di Singapore Dengan Mudah.

Pssstt, Orang Yang Dah Lama Bekerja Di Singapore Hatta Orang Singapore Sendiri Pun Tidak Tahu Mengenai Teknik Rahsia Ni!

Adakah Anda Nak Cari Kerja Bergaji Tinggi Di Singapore?

Atau Anda Nak Tukar Kerjaya Yang Lebih Masyukkk?

Saya akan bongkarkan strategi ‘JOB HUNTING’ yang mampu menemui kerjaya idaman anda dengan gaji yang sangat lumayan.

Sebelum tu, izinkan saya perkenalkan diri terlebih dahulu.

Hai, Saya Najib Halim.

Saya mula bertugas di Singapura pada tahun 2010. Menyedari ramai warga Malaysia ditipu dan ditindas oleh individu atau scammer termasuklah agensi pekerjaan di sana, saya mengambil langkah proaktif bagi membendung gejala tersebut.

Pada tahun 2011, saya daftarkan Think Big Management And Enterprise (Reg.No. JM 0610866-D) bagi menganjurkan Program Bimbingan Kerjaya untuk memberi peluang kepada anak watan bekerja di sana tanpa menghadapi sebarang masalah lagi.

Pada tahun 2011, saya memperkenalkan satu program khas untuk mencari ‘Kerjaya Tersembunyi’ di Singapore.

Singapore Career Coaching (SCC)

SCC sudah pun membantu ratusan peserta mendapatkan kerjaya yang mereka idamkan. Malah kehidupan mereka berubah sepenuhnya dengan kerjaya baharu mereka.

Assalamualaikum, firstly, sy berterima kasih pd coach najib sebab anjurkn program SCC. Program yg sgt berguna kepada newbie yg nk bekerja di S’pore. 

Ilmu yg diberikan sgt bermanfaat, kita diajar drpd A to Z.  Selepas coaching ni, saya pergi sendiri SEORANG DIRI untuk mencari kerja. Alhamdulillah dpt kerja hanya selepas 2 hari coaching.

So anda yg lain, apa tggu lagi?

Rezeki tak datang bergolek. This coaching sangat membantu, yang penting kena ada KESABARAN, KESUNGGUHAN, TINDAKAN & TAWAKAL.

ENCIK FUAEZZIN

Encik Fuaezzen

Assalamualaikum semua. Bagaimana saya mendapatkan pekerjaan pertama dengan gaji lumayan di Singapura hanya dalam tempoh 2 minggu sahaja?

Ianya cukup mengujakan apabila semuanya dimulai dengan langkah pertama saya menyertai program SCC bersama Coach Najib Halim.

Sahut cabaran dan bertindak sekarang untuk masa depan yang lebih terjamin.

Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakkal

Sekian..

Alang

Saya fresh graduate dan teringin bekerja di Singapura. Dah banyak buat research sehingga terjumpa laman web SCC.

Saya buka & research blog ni. Saya rasa ni salah satu kunci atau permulaan saya..so saya join coaching. Alhamdulillah saya memang dapat pencerahan & penerangan yang secukupnya tentang kerjaya di Singapura.

Terima Kasih  kerana memberi panduan dan bimbingan yang betul untuk mencari kerja di Singapura.

TQ coach

Cik Anis

Apa Yang Anda Akan Pelajari Dalam Program Singapore Career Coaching Ni?

Singapore Career Coaching (SCC) ialah program yang berlangsung selama 2 hari. Saya akan terangkan secara ringkas mengenai silibus & ilmu yang anda akan terima dalam program ini. 

(Ini hanya pelan asas modul, perubahan mungkin akan berlaku semasa situasi sebenar nanti)

 

Singapore Career Coaching (SCC) akan menjadi coaching terakhir anda sebelum mendapatkan kerjaya idaman di Singapura (Of course kena usaha juga la yeee).

Tak perlu pergi kelas lain dah. Habis je seminar, keesokan harinya anda boleh terus pergi cari kerja & mula bekerja di Singapura. 

(Ini serius! Ramai peserta SCC dah dapat kerja pada hari ketiga. Pergi cari terus jumpa kerja idaman. Fuhhh~ Semuanya bergantung pada usaha peserta)

 

Apa Kelebihan Sertai Singapore Career Coaching (SCC) Ni?

Apa kelebihan Seminar SCC ni?

CIRCLE JOB

Kami akan masukkan semua peserta ke dalam Circle Job kami yang terdiri daripada semua ahli SCC dan sebilangan agensi pekerjaan yang sudah ditapis oleh saya sendiri.

Circle Job ini akan berkongsi info mengenai jawatan kosong semasa. Manakala agensi pekerjaan akan mengadakan sesi temuduga kerja saringan sama ada pada hari berlangsungnya SCC atau selepasnya. Sesi temuduga ini adalah pilihan sahaja. Tidak diwajibkan kepada peserta.

Agensi pekerjaan yang dimasukkan dalam Circle Job kami ini tidak akan memotong gaji setiap bulan dan tidak akan memegang passport pekerja.

Senarai jawatan kosong dalam temuduga tersebut adalah bergantung pada kekosongan semasa.

Circle Job tidak berkewajipan atau bertanggungjawab untuk memberikan sebarang pekerjaan kepada peserta. Ia hanyalah satu hubungan erat antara satu sama lain.

 

Belajar Sekali Sahaja Seumur Hidup

Ilmu yang anda akan terima nanti ialah ilmu yang proven (terbukti berkesan) dan sangat berguna. Anda boleh pakai ilmu tersebut berulang kali sehingga anda dapat kerja idaman di Singapura. Bayar sekali sahaja.

10 Tahun Pengalaman

Anda akan dibimbing oleh Perunding Kerjaya yang berpengalaman hampir 10 TAHUN membimbing dan memberi konsultasi di Singapura. Dipercayai. Diikhtiraf. Berdaftar.

Teknik Rahsia Cari Kerja Tersembunyi

Ada ribuan syarikat yang membuka tawaran pekerjaan tetapi mereka tidak mengiklannya secara umum. Mengikut pakar kerjaya, lebih dari 50% jawatan kosong tidak diiklankan oleh majikan.

Namun saya sudah aturkan strategi pencarian kerjaya tersembunyi ini dengan cara yang sangat mudah dan ianya akan didedahkan dalam SCC sahaja.

 

Lifetime Coaching & Konsultasi

Jika kali pertama hadir program kami tapi masih tak faham dan tak jumpa kerja idaman, anda masih boleh hadir ke program seberapa banyak yang anda mahukan, menghadiri perjumpaan, berhubung dengan saya melalui call, whatsapp, facebook group dan sebagainya setiap hari untuk dapatkan khidmat nasihat. Ianya seumur hidup. Tak percaya, kan. Biar saya ulang. Ya, anda akan dapat keahlian seumur hidup!

Dalam program SCC ni, anda dah siap diajar praktikal. A to Z. Step by step. Dengan cara yang mudah difahami. Anda akan belajar segalanya berkenaan kerjaya di Singapura. Tak perlu lagi susah payah nak cari ejen yang cekek darah atau individu yang mungkin mempunyai niat tidak baik (scammer).

 

Macam Mana Nak Sertai SCC?

Berikut ialah proses yang anda akan lalui untuk sertai program Singapore Career Coaching ni.

Pilih Pakej SCC BASIC Atau SCC PRO

Anda boleh pilih pakej sama ada nak sertai pakej SCC Basic atau SCC Pro.

Harga berbeza setiap pakej.

Group Coaching atau Private Coaching

Jika sudah pilih pakej, anda perlu pilih nak sertai Group Coaching (bersama peserta lain) atau Private Coaching (1 on 1).

Group Coaching perlu hadir program selama 2 hari. Manakala Private Coaching pula hanya satu hari yang lebih padat.

Harga berbeza.

Pilih Tarikh

Anda boleh pilih tarikh seminar yang anda nak sertai.

Jika nak sertai Private Coaching, anda boleh tetapkan tarikh pada bila-bila masa yang anda suka. Anda perlu booking terlebih dahulu. Sila whatsapp kami bagi mendapatkan info lebih lengkap tentang hal ini.

Manakala untuk Group Coaching pula, anda perlu hadir pada salah satu tarikh yang kami dah senaraikan di bawah ni. Anda boleh sertai walaupun hanya seorang diri. Dalam sesi ini, anda akan sertai bersama – sama peserta lain. Untuk sesi Group Coaching ni anda tak perlu booking, tak perlu bank – in dan tak perlu beri nama. Terus je hadir.

Hadiri Seminar

Anda perlu hadirkan diri ke lokasi yang diberikan untuk menyertai program ini.

Tak boleh lewat walau satu minit tau.

Bila Seminar Ni Akan Dijalankan?

Program SCC – Group Coaching ini dijalankan satu kali sahaja setiap bulan. Biasanya diadakan pada hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Dua hari berturut – turut.

Berikut ialah tarikh Group Coaching untuk pakej Basic & Pro yang sudah ada dalam perancangan. Walaubagaimanapun, tarikh ini mungkin akan ditukar dari semasa ke semasa berdasarkan situasi semasa. Sila semak semula tarikh di laman sesawang ini tujuh (7) hari sebelum program berlangsung.

Peringatan: Jika berlaku perubahan pada tarikh di bawah, kami akan memberikan notis awal secara umum melalui facebook dan email. Namun begitu, kami tidak dapat memberi jaminan bahawa notis tersebut dapat sampai ke pengetahuan anda. Oleh itu, anda adalah dinasihatkan untuk menghubungi kami melalui whatsapp selewat -lewatnya tujuh (7) hari sebelum Hari Pertama program bagi membuat pengesahan tarikh.

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang mungkin berlaku akibat kecuaian anda dari berbuat demikian.

 

Senarai Tarikh Group Coaching 2019

 

 

👉 Sep: Edisi 77

 

14hb & 15hb Sep

 

👉 Okt: Edisi 78

 

12hb & 13hb Okt

 

👉 Nov: Edisi 79

 

09hb & 10hb Nov

 

👉 Dis: Edisi 80

 

14hb & 15hb Dis

 

👉 Jan 2020: TIADA

 

–hb & –hb

 

👉 Feb 2020: Edisi 81

 

08hb & 09hb Feb

 

* Semua pindaan tarikh bergantung kepada pihak pengurusan kami. Sila baca info di atas dengan teliti bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Apa Syarat Kelayakan & Berapa Harga Yuran Program SCC?

Sebelum sertai Program SCC ni, pastikan anda menepati syarat kelayakan ni dulu ye.

Kegagalan anda menepati syarat ini akan menyebabkan anda tidak boleh mendapatkan kerjaya di Singapura.

Warganegara Malaysia

Peserta perlu mempunyai kewarganegaraan Malaysia. Manakala bagi bukan warganegara Malaysia boleh sertai Private Coaching sahaja.

Sihat Tubuh Badan

Nak kerja di Singapura mesti mempunyai tubuh badan yang sihat 

Komunikasi

Its okay, anda tak pandai English pun masih boleh sertai program ni. Ada kerja yang sesuai untuk anda mohon.

Passport Antarabangsa

Wajib ada passport sendiri untuk pergi ke Singapura semasa program berlangsung.

Umur Yang Sesuai

Semua yang berusia 18-58 tahun boleh sertai (kecuali bumiputra lelaki yang lahir di Sabah Sarawak perlu berumur 35 tahun ke atas melainkan ada Degree)

Kebenaran Ibu Bapa

Bagi yang masih dibawah jagaan ibu bapa, pastikan anda mendapat kebenaran mereka terlebih dahulu.

Seminar & program SCC ni proven. Hampir 80% peserta dah berjaya dapat kerja idaman mereka melalui kaedah & strategi yang ditunjukkan.

(baki 20% tu tak bertindak, lepas program / seminar balik tidur & lebih suka bekerja di Malaysia)

Program SCC mempunyai 2 pilihan pakej

Anda berminat nak sertai program bimbingan kerjaya yang dibangunkan oleh Pakar Kerjaya Singapura ini? Sila baca Checklist di bawah

Checklist

Checklist Barang Wajib Bawa

 

  • Yuran Tunai
  • Kad Pengenalan
  • Pasport Antarabangsa
  • Sijil original dan salinan untuk temuduga (pilihan/jika ada)
  • Duit Poket S$20.00 untuk makan dan tambang di Singapura. Anda boleh tukar di kedai Money Changer dalam Jb Sentral. Lebih kurang RM60.00.
  • Smartphone
  • Pen biru atau hitam
  • Buku nota kecil
  • Tapau (bungkus) sedikit makanan dan minuman

Peringatan: Mesin ATM dalam Jb Sentral kadangkala tidak boleh digunakan. Sila keluarkan wang di tempat anda sebelum berkumpul di Jb Sentral bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Kami tidak akan menerima sebarang transaksi secara banking pada hari pertama dan kedua program. Bagi peserta yang tidak dapat membayar yuran penyertaan secara tunai dan penuh, tidak dapat membuat pendaftaran dan seterusnya akan gagal menyertai program ini. Harap maklum.

Checklist Barang Terlarang

 

  • Rokok melebihi 19 batang
  • Vape
  • Tembakau/Ganja/Dadah
  • Senjata
  • Pepper spray
  • Chewing gums
  • dan lain – lain barang yang diisyhtihar sebagai barang larangan oleh Kastam Singapura

Checklist Perbuatan Terlarang

 

  • Mengambil photo atau rakaman video di dalam kawasan CIQ Malaysia & Singapura (Kompleks Kastam Imigresen & Kuarantin)
  • Buang sampah merata – rata
  • Meludah merata – rata
  • Merokok di tempat awam
  • Bergaduh atau melakukan perbuatan tidak sopan kepada para peserta, orang awam atau Career Coach

Checklist Kehadiran

SESI HARI PERTAMA

Lokasi berkumpul di dalam Jb Sentral (depan Restoran KFC dalam Jb sentral, BUKANNYA KFC di Larkin Sentral ataupun dalam City Square Mall). Jangan salah tempat berkumpul tau. Lambat 1 minit pun kami tinggal. Please take note!

Jika anda menaiki bas ekspress dari kampung halaman, ia akan berhenti di Larkin Sentral (Terminal Larkin). Dari sini, anda perlu ambil grabcar (tambang +/- RM7.00) atau bas henti – henti (tambang +/- RM1.70) yang bertulis ‘Bandaraya/Jb Sentral/City Square/C.S’ dari Larkin Sentral untuk menuju ke Jb Sentral. Apabila anda sampai di Jb Sentral, naik tingkat atas (tingkat 3 tempat kaunter tiket KTMB) dan berkumpul betul – betul depan Restoran KFC.

Jika anda menaiki kenderaan sendiri dari kampung halaman, anda boleh park kenderaan anda depan Jb Sentral (bagi motosikal) atau di Sun Parking Bukit Chagar (bagi kereta).Sila guna google map dan taip “Sun Parking Bukit Chagar”.

Waktu: TEPAT 09.00 pagi

Lokasi Berkumpul: Depan Restoran KFC di dalam Jb Sentral

Etika Pakaian: Santai / Casual

Lokasi Coaching: Singapura

Tempoh Coaching: +/- 12 jam

Google Map Jb Sentral: Jalan Tun Abdul Razak, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia
https://goo.gl/maps/rASi4MD2QxH2

Nota: Anda perlu bersarapan terlebih dahulu, bungkus makanan/minuman dan tukar wang S$20.00 sebelum berkumpulAnda boleh skip hari pertama ini jika anda sudah biasa travel ke Singapura dan boleh terus hadir pada hari kedua untuk sesi seminar Job Hunting Strategy. Sila maklumkan kepada kami lebih awal.

SESI HARI KEDUA

Pada hari kedua ini, selain seminar Job Hunting Strategy yang gempak tu, anda juga mungkin berpeluang untuk ditemuduga oleh agensi pekerjaan yang dipilih dan ditapis sendiri oleh kami. Agensi pekerjaan tersebut tidak akan potong gaji dan tidak akan pegang pasport anda. Jika agensi pekerjaan tersebut tidak dapat hadir untuk melakukan saringan pertama berkumpulan, kami akan masukkan anda ke dalam Group Watsap bersama agensi pekerjaan tersebut. Wakil agensi akan maklumkan kepada anda jawatan kosong yang sedia ada. Tak nak sertai temuduga bersama agensi pekerjaan? Jangan bimbang. Ia hanyalah optional (pilihan je). Tak sertai temuduga ni pun anda masih boleh dapat mencari kerja yang bagus – bagus di Singapura menggunakan ilmu Job Hunting Strategy kami.

Lokasi hari kedua ialah di Johor Bahru. Semua info berkaitan akan dimaklumkan kepada peserta pada hari pertama sesi.

Waktu: TEPAT 09.00 pagi

Lokasi Berkumpul: Dewan Seminar Bandar Baru Uda (alamat akan diberikan pada hari pertama SCC)

Etika Pakaian: Santai / Casual

Lokasi Seminar: Johor Bahru

Tempoh Seminar: SCC Basic +/- 4 jam & SCC Pro +/- 8 jam

APA YANG PERLU DIBUAT SELEPAS MENGHADIRI SCC?

Tuan/Cikpuan..

👉 Jika selepas dua hari coaching ni anda nak balik kampung dulu bagi membuat persediaan, tak menjadi masalah. Anda boleh terus balik ke kampung. Kami akan beri khidmat nasihat seumur hidup. Jangan lupa untuk selalu hubungi kami. Jika anda tiada tempat tinggal semasa berlangsungnya dua hari program SCC ni, anda boleh menginap di hotel. Hotel bajet banyak di kawasan Larkin Sentral. Antara hotel bajet yang biasa kami syorkan ialah Ghazrins Budget Hotel. Anda boleh guna google, taip Ghazrins Budget Hotel. Biasanya masih ada bilik walaupun “walk – in”. Kami tak sediakan penginapan kepada peserta.

👉 Jika selepas dua hari coaching ni anda nak terus cari kerja selain dari job yang ditawarkan dalam sesi temuduga kami (tertakluk pada perubahan semasa), anda boleh tinggal di Johor Bahru. Boleh sewa bilik/rumah. Berita baik! Anda mungkin boleh menginap di hostel percuma milik kerajaan Malaysia di Jb (TAK ADA JAMINAN KEKOSONGAN. Ia bergantung kepada kekosongan semasa. Biasanya banyak kekosongan). Lokasinya tidak jauh dari Jb CIQ. Kami akan beritahu info hostel ni pada hari pertama anda hadir coaching nanti. Boleh duduk di sini jika nak duduk minimum 3 hari dan maksimum 2 minggu. Kami boleh rekemenkan.

👉 Apa yang perlu anda bawa jika nak cari merantau: pakaian, sijil akademik (jika ada) original dan photostat, kad pengenalan dan passport (mesti photostat) serta pastikan juga anda bawa modal sara diri yg secukupnya (tidak termasuk yuran).

Penyertaan SCC ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat kami. Apabila anda menyertai, ia bermaksud anda bersetuju dangan semua terma dan syarat kami dalam laman sesawang ini. Link T&C terdapat di bahagian bawah laman sesawang ini dan di bahagian menu.

AMARAN: Program dan ilmu Job Hunting Strategy ini telah memberi kesan dan mengubah hidup 360 darjah para peserta yang bersedia dengan bulat hati dan bertindak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Tuan Najib Halim. Jika anda belum bersedia, mungkin anda tidak akan berjaya seperti mereka.

Coach Anda

Najib Halim

Founder of SCC

Singapore Career Coaching

 

Mula bertugas di negara Singa itu pada tahun 2010. Menyedari ramai warga Malaysia ditipu dan ditindas oleh individu / scammer di sana, saya mengambil langkah proaktif untuk membendung gejala tersebut.

Pada tahun 2011, saya daftarkan Think Big Management and Enterprise (Reg.No. JM 0610866-D) bagi menganjurkan Program Bimbingan Kerjaya untuk memberi peluang kepada anak watan bekerja di sana tanpa menghadapi sebarang masalah.

Bimbingan demi bimbingan dijalankan sehinggalah saya telah berjaya menyusun satu silibus ‘Job Hunting Strategy’ yang terbukti memberi impak yang tinggi dan natijahnya ramai alumni berjaya mendapatkan pekerjaan hasil dari program dan khidmat nasihat yang diberikan.