“Orang Melayu takut kerja di Singapore ? Eh, betol ke der ? Aku tengok ramai je yang kerja sana.”

Bukan semua. Tapi yang takut tu banyak, majoriti. Mengapa mereka takut ?

MENGAPA ORANG MELAYU TAKUT BEKERJA DI SINGAPURA ?

Perkara ni saya tak dapat jawab. Mereka sendiri yang boleh jawab dengan tepat. Tapi dari feedback yang saya dapat, saya boleh rumuskan bahawa cuma satu sebab mengapa orang kita takut nak bekerja di sana.

TAKUT DITIPU AGENSI PEKERJAAN !

Ya, ni lah faktornya. Takut ditipu. Takut gaji tak dibayar. Takut dijual. Takut dirogol..dan banyak lagi lah. Jadi sejauh mana kebenarannya ? Benarkah agensi di sana selalu tipu orang, jual orang dan makan orang ??? Eh, tak de la sampai makan orang.. hehehe.

Saya memang selalu dengar agensi pegang passport tapi tak pernah dengar pulok ada agensi jual  orang. Minta dijauhkanlah benda – benda macam ni. Mengapa agensi pegang passport dan menahan pekerja dari keluar Singapura ? Perkara ni saya sudah jawab dalam entry yang lain → SILA KLIK SINI. Tak semua agensi nak pegang passport kita. Mereka pegang pun bersebab. Banyak agensi yang bagus dan profesional.

APAKAH JALAN PENYELESAIAN ?

Baca dan baca dan baca. Inilah penyelesaiannya. Kita mudah ditipu jika kita jahil dan tak nak ambil tahu. Bagi mereka yang mahu bekerja di sana melalui agensi pekerjaan, nasihat saya banyakkan membaca. Sebelum baca semua helaian agreement agensi pekerjaan, baca juga mengenai hak anda sebagai pekerja di Singapura di website rasmi di bawah ini. Website ini penuh informasi. KLIK SINI

Bukan mudah nak ubah mind – set orang. Jika saya bercakap di telefon selama satu jam untuk buat mereka percaya pada trip yang saya anjurkan, belum tentu mereka percaya. Tak hairanlah jika yang hadir dalam trip kerjaya saya hanyalah sebanyak 30 % dari jumlah peserta yang mendaftar. Tak mengapalah.

Apa pun saya ucapkan TAHNIAH kepada semua ALUMNI Personal Coaching LPKS yang telah sertai trip kerjaya ke Singapura. Saya doakan semua sukses dunia dan akhirat.

Peserta LPKS Datang Dari Seluruh Malaysia
Permandangan Malam Di Marina Bay
Para – Peserta Melakukan Praktikal
The following two tabs change content below.
Berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan CAREER COACH PROFESSIONAL yang memberi coaching dan khidmat nasihat kerjaya kepada warga Malaysia yang mahu membina kerjaya di Singapura dengan bebas dan selamat. Anda Mahu Sertai Program Kerjaya Kami? Hubungi kami segera. +6012 - 222 2072 (SMS/WHATSAPP/CALL)

Latest posts by Najib Halim (see all)

Comments (2)

  1. Sy sedang mencari kerja2 ke singapura…

    1. Hubungi kami.

      SMS/WhatsApp sahaja
      012-2222072