Soalan Lazim Mengenai Kerjaya Di Singapura

Kami terima 1001 soalan berkenaan urusan kerja di Singapura.

Jadi saya compile beberapa soalan lazim untuk anda ambil tahu.

Passport kena buat sendiri ke?

Ya

Anda perlu buat sendiri passport anda di jabatan imigresen dengan caj Rm200 bagi tempoh 5 tahun.

Sila pastikan passport anda sudah siap 1 minggu sebelum masuk ke Singapura untuk elak masalah di imigresen.

Di mana nak buat passport?

Anda perlu buat passport di Jabatan Imigresen. Lebih mudah, singgah sahaja di mana-mana UTC terdekat. 

Urusan penghasilan passport hanya mengambil masa 2 jam sahaja.

Orang Malaysia boleh kerja apa di sana?

Semua boleh.

Apa sahaja industri, apa sahaja bidang, apa sahaja jawatan yang ada kekosongan, semuanya boleh.

Hatta nak jadi eksekutif dan kerjaya professional pun boleh, asalkan anda layak dan ada jawatan kosong dibuka.

Kalau tak boleh speaking English, boleh ke?

Boleh, ada kerja yang sesuai untuk anda.

Ada kerjaya yang tidak memerlukan anda berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris seperti housekeeper hotel, pencuci pinggan, pencuci kereta dan banyak lagi.

 

Tak ada sijil termasuk sijil SPM, boleh apply?

Boleh, tak ada masalah. Ada kerja yang sesuai.

Lebih bagus sijil yang anda miliki, lebih bagus kerja yang anda bakal terima nanti.

Tak ada transport sendiri, boleh ke kerja di sana?

Boleh. 

Banyak pengangkutan awam di Singapura. Anda boleh bergerak lebih pantas dengan kenderaan awam.

 

Pekerja kena bayar permit kerja?

Tak perlu. 

Majikan anda nanti yang akan bayar permit setiap bulan tanpa menolak gaji anda.

Gaji kena tolak untuk EPF/KWSP (CPF)?

Tak. 

Anda tidak akan membuka dan mencarum akaun CPF di sana. CPF hanya layak untuk warganegara dan penduduk tetap (PR) Singapura sahaja.

Jadi tak ada KWSP ke nanti?

Ya, anda tak terima KWSP dari majikan tetapi boleh buat caruman sendiri di Malaysia.

Buka satu akaun, simpan sebahagian duit gaji anda ke KWSP tersebut.

Berapa gaji minimum di Singapura?

Tak ada standard rate gaji seperti di Malaysia. 

Namun selalunya gaji basic di sana lebih atau kurang dari S$1000 bersamaan Rm3000 (jika tukaran $1 = Rm3)

 

Mahal tak kos jika nak stay di Singapura?

Mahal!

Sebilangan kecil rakyat Singapura sendiri pun lebih suka ulang alik tinggal di Johor.

Kuota kerja sentiasa ada?

Ya, kuota kerja sentiasa ada.

Cuma kebanyakan kerja yang ada kuota itu tidak dipaparkan secara umum kerana khuatir dimanipulasi oleh Job Seeker dan agensi yang tidak bertanggungjawab.

Jadi saya akan ajar cara untuk teroka kerjaya yang tersembunyi ni dalam SCC nanti.

Gaji nanti masuk akaun bank mana?

Majikan anda akan buka satu akaun bank di Bank POSB nanti tanpa perlu bayar apa-apa. 

Anda boleh keluarkan duit dari bank tersebut dan pindahkan ke akaun bank Malaysia.

Boleh sambung belajar sambil bekerja?

Boleh.

Anda boleh sambung belajar sambil bekerja asalkan tidak mengganggu kerja anda. 

Siapa boleh bantu untuk dapatkan kerja di Singapura?

Saya boleh bantu anda dapatkan kerja yang bagus di Singapura melalui program Singapura Career Coaching (SCC)

Sertai program Singapura Career Coaching untuk mula dapatkan kerjaya idaman anda di Singapura.

Jika anda memerlukan lebih banyak penjelasan mengenai kerjaya di Singapura atau berkenaan program dan seminar, boleh terus whatsapp TEAMSCC.

Coach Anda

Najib Halim

Founder of SCC

Singapore Career Coaching

 

Mula bertugas di negara Singa itu pada tahun 2010. Menyedari ramai warga Malaysia ditipu dan ditindas oleh individu / scammer di sana, saya mengambil langkah proaktif untuk membendung gejala tersebut.

Pada tahun 2011, saya daftarkan Think Big Management and Enterprise (Reg.No. JM 0610866-D) bagi menganjurkan Program Bimbingan Kerjaya untuk memberi peluang kepada anak watan bekerja di sana tanpa menghadapi sebarang masalah.

Bimbingan demi bimbingan dijalankan sehinggalah saya telah berjaya menyusun satu silibus ‘Job Hunting Strategy’ yang terbukti memberi impak yang tinggi dan natijahnya ramai alumni berjaya mendapatkan pekerjaan hasil dari program dan khidmat nasihat yang diberikan.