Jom Kenali Career Coach Anda

Jom berkenalan dengan Career Coach yang akan membantu anda mendapatkan kerjaya idaman di Singapura. 

Inilah wajah yang akan memberikan lifetime coaching kepada anda nanti

Tuan Najib Halim dilahirkan dan dibesarkan di negeri Pahang Darul Makmur. Beliau mula bertugas di negara Singa itu pada tahun 2010.

Menyedari ramai orang Malaysia ditipu dan ditindas oleh individu / scammer di sana, beliau cuba mengambil langkah proaktif dan hasilnya pada akhir tahun 2011, beliau daftarkan Think Big Management and Enterprise (Co. Reg JM 0610866-D) bagi menganjurkan Program Singapore Career Coaching untuk memberi peluang kepada anak watan bekerja di sana tanpa menghadapi sebarang masalah.

Coaching demi coaching dijalankan hinggalah beliau telah berjaya merangka satu silibus yang terbukti memberi impak yang berkesan dan natijahnya ramai alumni berjaya mendapatkan pekerjaan hasil dari coaching dan khidmat nasihat yang diberikan.

Sejak itu juga beliau melancarkan “Kempen Meningkatkan Kesedaran Masyarakat Berkenaan Peluang Kerjaya Di Singapura”.

Pada hari ini bila sebut sahaja nama Najib Halim, anda perlu tahu bahawa beliaulah satu – satunya Perunding Kerjaya Singapura yang merupakan kelahiran tempatan.

Antara objektif utama program yang dijalankan oleh Tuan Najib Halim ialah :

Mahu lebih ramai rakyat Malaysia meneroka peluang kerjaya di Singapura

Mahu lebih ramai rakyat Malaysia menimba ilmu dan dapatkan pengalaman bekerja di negara maju

Mahu lebih ramai rakyat Malaysia cuba untuk ubah ekonomi sendiri dan keluarga

Mahu rakyat Malaysia berjaya dan terus berjaya

Tidak mahu rakyat Malaysia ditindas dan ditipu oleh scammer

Jika anda berminat untuk sertai program atau seminar yang dianjurkan oleh Tuan Najib Halim, anda boleh hubungi TEAMSCC melalui whatsapp.

Coach Anda

Najib Halim

Founder of SCC

Singapore Career Coaching

 

THINK BIG MANAGEMENT AND ENTERPRISE
(Co. Reg JM 0610866-D )
DT. 88, Kampung Pandan 1,
Jalan Gambang,
26070 Kuantan, Pahang, Malaysia.