TAKUT DITIPU?

TAKUT DITIPU?

12278853_756007831177414_7188342909818532626_n

 

NAK JOIN TAPI TAKUT?

Saya pasti ramai kawan – kawan yg nak join Personal Coaching yg kami anjurkan tapi masih teragak – agak kerana takut ditipu. Kenapa suka sangat takut – takut ni ye, almaklumlah ramai sangat penipu di luar sana.

Dalam post ni saya share cara – cara bagaimana peserta boleh beri jaminan keselamatan kepada diri sendiri. Sila ikut langkah – langkah berikut:

1) Tidak hubungi kami kecuali melalui nombor kontak rasmi kami iaitu 012-2222072. Jika anda hubungi atau dihubungi selain dari nombor ini, maka ia bukanlah dari syarikat kami. Tiada jaminan keselamatan tau.

Ingat, kami hanya guna number 012-2222072.

2) Jika takut lagi, boleh bawa rakan-taulan, adik-beradik, ipar-duai, saudara-mara utk sama2 join coaching ini.

3) Takut lagi? Sebelum hadir coaching kami, sila pergi ke balai polis yg berdekatan utk membuat COVER REPORT. It’s easy. Saya pun biasa buat. Dalam cover report tu bubuh la lebih kurang macam ni…

“Saya akan hadir dalam Coaching yg di anjurkan oleh Think Big Management And Enterprise (Bus.Reg. JM0610866-D) ke Singapore pada tarikh sekian2 dari jam 9 pagi hingga lebih kurang 9 malam. Jika ada apa – apa  berlaku kepada saya maka saya harap cover report ini dapat membantu.”

 

Saya harap tiada lagi peserta yg takut atau risau untuk mengikuti program kami ni. Ambil la peluang ini sementara ia masih terbuka luas. Semoga anda berjaya.

BLACKLIST – BOLEH KERJA SINGAPURA?

BLACKLIST – BOLEH KERJA SINGAPURA?

diblacklist-perusahaan

Saya ditanya, kalau sudah BLACKLIST, boleh kerja tak di Singapura?

Soalan ini banyak ditanya kepada kami. Perkara pertama sekali yang kami ingin anda lakukan ialah semak status anda bagi permohonan dokumen perjalanan ke luar negara. Anda hanya perlu klik link di bawah dan isikan nombor kad pengenalan dalam web Jabatan Imigresen Malaysia.

KLIK SINI

Selepas anda tekan button SEMAK, apa yang anda lihat ialah status anda. Jika status anda “Tiada Halangan”, maka anda bolehlah buat pasport antarabangsa jika belum.

Namun, jika status anda sebaliknya, tentunya anda lebih tahu apakah sebab yang membuatkan anda disekat. Jika ia disebabkan pinjaman bank atau PTPTN, apa yang anda boleh buat ialah pergi ke Bank Negara dan print kan Laporan CCRIS anda. Kemudian pergi ke bank yang berkenaan, tunjukkan slip CCRIS tersebut dan berbincang dengan mereka bagi melakukan “RESCHEDULE LOAN”.

Selepas bank tersebut melakukan penjadualan semula pinjaman anda, cuba tanyakan kepada mereka, bilakah mereka akan update dalam sistem CCRIS. Sebaik sahaja mereka update, anda akan bebas melakukan perjalanan ke luar negeri dan boleh bekerja di Singapura atau mana – mana negara lain.

Bermanfaat? Sila share..

KENA BAYAR INCOME TAX?

KENA BAYAR INCOME TAX?

Income_Tax_Generic_Tax_Returns_Thinkstock_360

Peserta Coaching saya selalu bertanya soalan pasal tax ni. Disebabkan kawan – kawan kita di luar sana masih tidak jelas dalam hal ini, maka saya share sikit la dalam entry kali ni.

• KALAU RESIGN KENA BAYAR INCOME TAX?

✔Jika anda resign dan jumlah hari anda bekerja (termasuk offday) adalah 60 hari atau ke bawah, maka anda dikecualikan dari dikenakan tax. Jangan anda benarkan sesiapa pun tipu anda pasal ni. Jika diorang tanya siapa beritahu, cakap la Pakar Kerjaya Najib Halim beritahu. Mesti diorang terkedu. huhuhu..

✔Jika anda resign dan jumlah hari anda bekerja (termasuk offday) adalah dari 61 hari hingga 182 hari, maka pendapatan anda akan dikenakan tax pada kadar 15% (dari jumlah keseluruhan) atau pada kadar penduduk progresif, yang mana akan menyebabkan jumlah cukai menjadi lebih tinggi. Anda tidak berhak untuk pengecualian tax.

Setelah anda memberi surat resign, majikan anda akan contact IRS utk mendapat tahu berapakah jumlah yg sepatutnya dibayar. Setelah diberitahu, majikan akan potong gaji terakhir anda bg membayar kpd IRS.

Kegagalan membayar tax akan memberi masalah besar kepada anda jika anda mahu bekerja di Singapore pada masa hadapan. Tak mustahil jika permohonan anda utk mendapatkan kerja lain tidak diluluskan M.O.M atau mungkin lebih teruk lagi anda ditahan di CIQ dan tak dibenarkan masuk ke Singapura. Nasihat saya, jika nak resign maka resign la dengan cara yg betul, beri tender notis dan pastikan majikan anda tidak lupa tentang tax ni dalam gaji terakhir. Jika anda dah terlanjur cabut lari dan ada masalah untuk memohon kerja, ingat – ingatkan tax ni. Cuba pergi pejabat IRS dan check.

Jika anda sudah buat bayaran dan berjaya dapatkan kerja di Singapore dalam masa 2 bulan selepas anda resign, anda berhak mendapat semula tax yg anda bayar tersebut (refund). Proses bayaran baliknya mungkin lambat. Namun jika anda pergi ke pejabat IRS dan membawa sekali buku akaun bank Singapore anda, prosesnya lebih cepat.

✔Jika anda resign setelah anda bekerja 183 hari atau ke atas dan pendapatan anda mencecah SGD20,000 setahun, maka anda perlu bayar income tax maaa.. Bukannye banyak pun. Jika kurang dari SGD20k setahun, tak perlu bayar.

Anda mungkin boleh membuat tuntutan potongan cukai ke atas perbelanjaan pekerjaan yang ditanggung sendiri dalam mendapatkan pendapatan anda. Maknanya jika anda telah menggunakan wang anda sendiri untuk membayar perbelanjaan yang diperlukan untuk pekerjaan anda seperti perbelanjaan perjalanan, perbelanjaan keraian, langganan, dan lain-lain maka anda layak mintak kurangkan tax (ada term and condition).

Untuk keterangan lebih lanjut, sila baca LINK INI atau boleh datang sendiri ke pejabat IRS. Sebelum datang lebih bagus buat appointment, jimat masa menunggu. Tak buat appointment pon boleh jumpa pegawai tapi lambat la nak tunggu turn.

Ini address IRS:

Inland Revenue Authority of Singapore
55 Newton Road
Revenue House
Singapore 307987
(Opposite Novena MRT Station)

Jika bermanfaat, sila share.

 

JANGAN BUANG DUIT!

JANGAN BUANG DUIT!

Buang duit kau cakap?

Ada di antara kita mungkin berkata:

“Buat ape ikut coaching brader ni, bukan dapat kerja pon..buang duit jerr.”

Tapi tahukah anda berapa lama masa dan RM yg anda bazirkan jika anda cari kerja tanpa panduan yg betul? 6 bulan? 2 tahun? 5 – 6 ribu? Atau lebih lagi?

Fikir – fikirkan sejenak..

Kami di website ini berkomited berkongsi rahsia tentang bagaimana caranya bekerja di sana dengan bebas tanpa diikat dan ditipu. Kami telah melalui pengalaman yg cukup berharga dan sejak tahun 2011, kami telah berkongsi ilmu kami kepada ramai peserta yg hadir dari seluruh pelusok tanah air.

Jika anda join program yg mengajar secara praktikal ni, anda telah jimatkan masa dan wang beribu2 RM kerana tak perlu lagi try and error.

Jadi, anda nak tunggu apa lagi? Tiada siapa yang akan ketuk pintu rumah dan tarik tangan anda dan memaksa anda untuk berjaya. Tiada siapa!

CCCCCCCCCCCCC