SAYA TAK  MAHU JADI BANGGLA !!!

SAYA TAK MAHU JADI BANGGLA !!!

2

“Saya tak mahu jadi Banggla !”

“Bang, dekat sana kita jadi Banggla ke ?”

“Ape ? Kena pakai permit macam Banggla ? Ape barang..”

“Tak mau la jadi Banggla, hahaha !”

Tak tahu lah mengapa mentaliti dan sikap suka merendah – rendahkan bangsa lain masih diamalkan dalam zaman ni. Apalah yang hebat sangat yang ada pada diri kita ni hingga terlintas di hati suatu perasaan ego – merasa lebih tinggi dan lebih baik dari orang lain. Pernahkah kita mengkaji asal – usul kita ? Dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi ?

Saya tidak menulis entry ni semata – mata kerana menjadi work permit holder di negara orangDi awal remaja saya sudah berkawan dengan ramai orang yang berlainan negara. Orang panggil mereka ni pendatang. Saya panggil mereka ni…sahabat.

SAYA RESPECT AGENSI PEKERJAAN

SAYA RESPECT AGENSI PEKERJAAN

Employment-Law

Kasi RESPECT sama agensi…

Saya akui saya sendiri tidak pernah menggunakan khidmat mana – mana agensi pekerjaan untuk bekerja di Singapura. Namun saya sedari banyak company agensi yang profesional. Sama ada agensi Malaysia mahupun Singapura. Ada yang caj pekerja hanya serendah RM30. Ada juga yang caj hingga beribu – ribu SGD. Sesetengah agensi Singapura pula tidak caj anda tapi mereka caj majikan tanpa majikan memotong gaji anda.

Ada agensi memberi peluang kepada pekerja yang tidak mempunyai modal kewangan (kebanyakan agensi Malaysia). Mereka sediakan passport, duit makan dan hostel. Of course la mereka mahu keuntungan dari setiap dollar yang mereka belanjakan kepada anda (menetapkan bunga berpatutan dalam setiap pinjaman) kerana mereka bukannya government mahupun welfare dari mana – mana badan kebajikan masyarakat. Jika anda memang terdesak, tidak ada duit sesen dalam poket dan hanya tinggal sehelai sepinggang, bukankah orang seperti mereka ini yang akan menjadi penyelamat anda ? Nak harapkan adik – beradik pun belum tentu boleh diharap der…kan..kan.. Thanks to them.

Namun begitu…

Sekali lagi saya memberikan respect kepada mereka. Namun begitu, entry ini juga ingin mengajak anda terutamanya yang baru berjinak – jinak nak masuk dan bekerja di Singapura agar berhati – hati dengan agensi pekerjaan yang tidak profesional. Dah banyak kes yg kita dengar. Di Malaysia, saya belum jumpa web rasmi yang mendedahkan nama – nama agensi yang disenaraihitamkan. Namun begitu di Singapura, kita boleh baca senarai nama company agensi di negara itu yang sedang dalam pemerhatian pihak berkuasa dan senarai agensi yang telah dibatalkan.

Sila berhati – hati apabila berurusan dengan mana – mana agensi. Ambil tahu hak anda seperti gaji berapa, kerja berapa jam dan berapa hari, position apa dan jangan lupa soalan yg paling penting..iaitu berapa caj agensi. Sila baca perjanjian sebelum anda tanda tangani. Pastikan anda betul – betul faham. Jika anda tidak mahu berurusan dengan agensi, daftarkan nama anda bagi mengikuti Program Personal Coaching yg kami anjurkan. Dalam program ini, Pakar Kerjaya kami akan berikan tunjuk ajar hingga anda mastering bagaimana mencari kerja mengikut prosedur  secara berdikari dan selamat di Singapura tanpa diikat atau ditipu individu yg tidak bertanggung jawab.

Web Rasmi Ministry Of Man Power Singapore

Pautan link di bawah ini akan menunjukkan kepada anda dua senarai:

  • List of employment agencies whose licences had been revoked due to infringement (Senarai agensi pekerjaan yang lesennya telah dibatalkan kerana pelanggaran).
  • List of employment agencies under MOM’s surveillance (Senarai agensi pekerjaan di bawah pengawasan MOM).

SILA KLIK LINK INI

Semoga bermanfaat.

JANGAN KERJA SINGAPURA !!!

JANGAN KERJA SINGAPURA !!!

kedai kopi

“Kau jangan kerja di Singapore tu Jang, nanti susah tak do sapo nak nolong kau !”

“Kawan aku dah pergi sana. Gaji memanglah lumayan tapi makan dan pakai kat sana mahal nak mamp*s. Baik ko kerja kat sini je !”

“Ada kawan aku tu berenang nak balik Johor sebab passportnye agensi yang pegang. Terpakse nekadlah, tak de jalan lain lagi. Kau masih nak pergi ?”

“Senah, hang dah pikiaq panjang? Tak takot ka kalau depa pi jual hang ? Hang la satu – satunya anak aku Senah..”

Inilah antara dialog yang biasa kedengaran di kampung – kampung termasuklah branch – branch kedai kopi seantero Malaysia. Mengapa mereka cakap macam tu ? Tentunya sebab mereka ni caring. Tak mahu terjadi apa – apa yang tak elok kat kita. Syukurlah ada orang yang sayang diri kita. Namun begitu, sebenarnya mereka tidak tahu dengan jelas gambaran sebenar life di sana. Mereka cuma dengar gossip dari seorang ke seorang. Tidak pernah masuk sendiri dan bekerja di Singapura.

Jika pun mereka pernah bekerja dan menjadi mangsa, mungkin hal itu terjadi kerana salah langkah mereka sendiri seperti tidak membaca agreement dengan teliti, percaya bulat – bulat kepada agensi pekerjaan yang tidak jujur dan sebagainya.

Sebelum saya sampai di Singapura, banyak juga rintangan yang terpaksa dihadapi. Antaranya kekurangan sumber informasi yang boleh dipercayai. Inilah yang menjadi masalah utama kita pada hari ini. Inilah menjadi faktor pendorong untuk saya menganjurkan Program Personal Coaching LPKS – SILA KLIK LINK INI. Memberi informasi yang tepat kepada anak watan yang berminat untuk bekerja di sana.

Jika tiada siapa lagi yang memberi motivasi kepada anda untuk bekerja di Singapura, maka sayalah menjadi orang pertama yang akan memberi motivasi kepada anda. Semoga khidmat saya yang kecil ini diberkati – NYA.

DULU SAYA SUSAH

DULU SAYA SUSAH

kisah-orang-miskin

Ramai pekerja kita sudah mengalami perubahan gaya hidup positif bila bekerja di Singapura. Ini adalah realiti. Realiti ini tidak boleh dipertikaikan oleh apa dan siapa pun.

Sudah menjadi habit saya bertanya sejarah hidup kawan – kawan yang bekerja di sana. Saya kongsikan di sini kisah – kisah mereka bukan bertujuan untuk merendahkan pekerjaan di tanahair kita. Tidak. Semua pekerjaan adalah bagus dan setiap peranan kita adalah penting. Namun jika anda katakan saya pandang rendah pada nilai pendapatan (gaji) pekerjaan di negara kita, ia lebih tepat. Sepatutnya kita mendapat gaji yang lebih setimpal dari apa yang kita dapat sekarang. Anda setuju ?

“Dulu saya kerja kilang sebagai operator di kampung cuma dapat RM600 – RM700 je. Kalau buat o.t boleh la cecah RM1000. Nak beli kereta ? Tak mampu rasanye. Susah nak simpan duit kalau dapat sikit. Nak melancong ? hahaha.. Tak termimpi pon. Sekarang bila kerja Singapura, kereta, motor, rumah, kahwin semua jadi mudah. Tiap – tiap tahun boleh melancong..,”

– Pekerja 

“Bila saya buat kerja lebih masa dapatlah RM1500 – RM2000. Tapi bro, hidup di KL ni 2 ribu mana cukup. Saya datang Singapura dan buat kerja lebih masa dapat juga 2000, bukan RM tapi SGD. Berapa kalau tukar RM ? Lu kira sendiri..,”

– Pekerja

Banyak lagi story yang boleh saya kongsi, tapi rasanya kata – kata di atas sudah lebih dari cukup untuk menggambarkan perubahan gaya hidup yang berlaku kepada pekerja kita di Kota Singa tersebut.