TIPS: MELANCONG KE LUAR NEGARA

TIPS: MELANCONG KE LUAR NEGARA

10416604_1449857941945141_4153208499008838400_n

Photo Najib Halim Di Bandung, Indonesia

Pengalaman beberapa kali melancong ke luar negara mencetuskan idea untuk saya menulis entry ini. Korek duit dari mana untuk melancong ? Saya tak seperti Celebrities Blogger yang menggunakan income dari berblogging untuk makan angin. Saya bekerja keras seperti kawan – kawan kita yang lain di oversea. Oversea beb…! Sebenarnya dekat di Singapura je, tapi hati ni tetap nak sebut perkataan oversea tu. Biar rare gitu. Biar orang kampung bangga dengan kite. kikiki.. Anda nak kerja di Singapura macam saya ? KLIK SINI

Tips – tips yang saya kongsikan ini hanya sesuai bagi mereka yang mempunyai ‘hati kering’ macam saya ni, yang suka enjoy travel sorang – sorang. Kalau anda nak follow Tour Guide, tak perlulah baca ni..buang mase je. 

  • STEPS SEBELUM KE LUAR NEGARA:  Buat research

Ini homework paling penting sebelum melancong. Gunakan Google. Anda dah tahu berapa wang nak spend, negara dan state mana nak terjah ? Kalau dah tau..senang. Sekarang research pulak kadar tukaran wang, harga flight pergi – balik dan harga hotel beberapa hari anda bermalam di sana. Agak – agak cukup tak duit ? Cukup atau lebih dari cukup ?

Sebelum booking tiket flight dan hotel, research dulu tempat – tempat yang anda nak lawat. Senaraikan nama tempat, tengok jarak satu tempat dengan tempat yang lain. Cuba tengok manalah tahu mereka adakan function / culture event pada tarikh tertentu. Jika ada, setkanlah program tu dalam jadual anda. Buatkan jadual harian anda di sana bermula dari tiba di airport.

  • Booking flight, hotel dan Tukar Wang Asing

Dah settle benda – benda di atas ? Sekarang anda boleh book flight pergi – balik. Saya suka naik flight yang akan sampai di sana pada waktu pagi.  Waktu balik pula saya naik plane yang tidak terlalu awal pagi. Takut tak sempat nak catch up, lebih – lebih lagi kalau airport dengan hotel agak jauh. Ingat, jangan beli tiket di kaunter tiket, mahal. Online booking please.. Book la seawal dua atau tiga bulan. Lagi awal lagi bagus. Namun offer diskaun yang company flight bagi biasanya tak tentu masanye. Sebab tu bagi yang dah biasa makan angin, mereka tengok offer dulu, dah ada offer baru nak planning untuk bercuti. 

Jika anda pergi seorang diri untuk tengok – tengok budaya orang, stay hotel 3 star dah lebih dari cukup. Nak lagi jimat boleh stay hotel / motel bajet. Bukannya kita nak spend the whole time dalam hotel, kan ? Pastikan anda pilih hotel yang berada di tengah – tengah antara tempat – tempat yang anda nak lawat tu – senang. Boleh berjalan kaki dari hotel untuk tengok – tengok budaya.  Saya suka booking guna website Agoda. Selalu dapat diskaun bila tebus point.

Di mana nak tukar wang, di negara kita ke negara diaorang ? Saya biasa tukar di negara sendiri. Namun begitu anda boleh research di manakah tukaran yang lebih tinggi. Jangan lupa untuk  nego dengan cashier.

  • Planning: Travelling, Shopping dan Makan Makanan Tempatan

Tentukanlah cara anda nak travel di sana. Sewa kereta, motor atau naik bas, train dan sebagainya. Tak kan tak shopping. Walaupun anda seorang photographer yang asyik tekan shuttle kamera 24 jam, tak kan tak beli buah tangan, kan. Tentukan nak beli apa, nak makan apa dan di mana. Macam biasa, tanyakan master sifu anda..Google.

  • Beritahu Keluarga Atau Sahabat Handai

Bukan sebab nak tunjuk – tunjuk, tapi untuk back up. Mana tahu anda ditimpa masalah di sana seperti wang tak cukup. Bolehlah mereka cepat – cepat memberi pertolongan.

  • Setkan Kad ATM Bank Anda

Tahukah anda kad ATM yang anda pakai sekarang ni tak boleh digunakan di luar negeri, kecuali anda pergi ke bank dan mintak mereka setting kan supaya anda boleh guna di negara yang anda nak travel tu. Memang rate tukaran wang asing pihak bank agak flat, tidak menguntungkan. Namun jika anda terdesak nak cucuk duit di sana nanti kan senang jika kad ATM anda sudah sedia untuk diguna.

  •  SAMPAI DI LUAR NEGARA: Beli Sim kad Telefon dan Data Internet

Jangan lupa singgah kedai dalam perjalanan nak ke hotel tu. Senang anda nak WhatsApp dan bagai. Hidup sebatang kara ni sangat penting ada connection, walaupun anda memang tak mahu contact dan dicontact sesape dalam holiday macam ni. Ada rasa comfortable gitu. Kalau tak de internet ni, alamatnye GPS pon tak boleh guna. Sesatlah jawabnye.

  •  Jadilah Warga Tempatan

Saya tak suka bawa map besar – besar macam pengembara tersesat je. Saya akan guna Google Map atau apa – apa application dalam telefon pintar. Saya juga akan pakai pakaian seperti warga asing (sebenarnya kita ni warga asing – tak sedor diri pulok) maksud saya seperti warga tempatan. Mengapa nak berlagak macam orang tempatan? Takut kena culik atau ‘paw’ ke? Bagi saya, benda – benda kes macam ni boleh berlaku jika dengan mudah kita beri peluang – peluang keemasan kepada mereka ni. Tak susah pun nak low profile. Barulah ada feel..dapat selami perasaan orang – orang tempatan di sana.

  • Sahabat Anda Ialah Receptionist Hotel

Mereka dapat memberi informasi yang tepat, biasanya. Mereka juga lebih memikirkan soal keselamatan kita berbanding orang lain di sana. Jagalah hati receptionist anda, jangan lokek..  😀 

  • Berjalan Di Jalan Ramai Orang dan Jaga Wallet Anda – Jangan Guna Beg Tangan

Yang ni memang semua dah tau, tapi tak ramai yang pandai nak letak beg galas di depan. Belilah pouch yang letak di pinggang tu. Itu lebih sesuai.

  • Belilah souvenir

Belilah walaupun Key Chain untuk famili dan kawan – kawan. Nampaklah yang awak ingat kat diaorang tu sikit.

 

Saya akan update lagi entry ini pada masa hadapan. Selamat melancong..

Agak – agak berguna tak informasi ni, jika ya sila tekan LIKE BUTTON DAN SHARE ye. Thanks bro..

TIPS: HIDUP BERDIKARI

TIPS: HIDUP BERDIKARI

Photo - Google

Photo – Google

Ape sebab saya tulis entry ni? Sebabnya mereka yang menghubungi saya terdiri juga daripada kalangan anak – anak muda remaja yang belum biasa berdikari. Belum pernah lari dari rumah seorang diri. Kalau diaorang keluar ke KL pun mesti di escort dengan kawan – kawan satu kampung. hahaha..

Di sini saya beri sedikit tips. Selain dari ini, belajarlah dari pengalaman. Kerana pengalamanlah guru yang paling berkesan. Manfaatlah ye wahai adik – adik..

Belajar Saving

Kalau tak boleh nak saving duit, asyik – asyik call parents mintak top up itu dan ini, tak payah korang berangan Mat Jenin nak hidup jauh dari parents. Menyusahkan lagi ada. Baik duduk celah ketiak mak hang… Amboih, kasarnye bahasa bro ? hehehe..saya praktis loghat utaro ni. Bagaimana cara berkesan nak saving money ? Sila Google please.. 

Boleh Selesaikan Masalah

Masalah apa ? Apa saja masalah yang datang. Nak kena belajar berfikir sendiri. Memang bagus tanya pendapat orang lain kerana memberi kita banyak option. Namun, balik – balik kita sendiri juga yang harus memilih option mana yang terbaik. Bukan orang lain yang nak pilih untuk kita.

Tak Malu Bertanya

Malu bertanye sesat jalan der.

Pandai Jaga Diri

Tak kan nak habaq selalu.. jangan keluar malam sorang – sorang, jangan mudah percaya stranger, penatlah. Kalau tak sensitif dan tak boleh fleksibel dengan situasi baru yang mungkin datang suddenly, memang banyaklah keperitan hidup yang akan dirasai. Be alert to the danger der !

Hormati Orang

Hormatilah siapa sahaja yang korang temui. Jaga mulut. Jangan kerana dia pakai sengkek atau jalan tempang, korang nak mempersendakan dia. Sekolahlah sikit. Nak berhijrah kat tempat orang kena pandai beradab dengan orang.

Berkawan Dengan Orang Yang Positif

Kat mana – mana pun ada orang yang lebih dominan dalam hal positif. Ada yang positif dalam bab kerja rajin, ada yang positif bab bisnes, ada yang positif dalam bab agama dan banyak lagi. Bergaullah dengan mereka ni dan seraplah getaran positif yang mereka pancarkan.

Belajar Dari Pengalaman

Orang yang bijak ialah orang yang belajar dari pengalaman orang lain. Orang yang pandai pula ialah orang yang belajar dari pengalamannya sendiri. Manakala orang yang tak mahu belajar dari pengalaman dirinya dan manusia lain adalah orang yang kurang akal.

Adik – adik, selamat berdikari…jangan selalu makan maggi kari ye  😆 

PEKERJA SINGAPURA TAK DAPAT BALIK MALAYSIA !

PEKERJA SINGAPURA TAK DAPAT BALIK MALAYSIA !

passport malaysia

Photo – Google

Entry ini tidak bermaksud menuduh semua agensi pekerjaan tidak berintegriti. Sebenarnya banyak agensi memainkan tanggungjawab mereka dengan profesional. Tujuan entry ini ditulis hanyalah bertujuan untuk membuka kesedaran pembaca agar lebih berhati – hati dalam memberi informasi dan dalam membuat sebarang keputusan.

BENARKAH PEKERJA MALAYSIA TAK DAPAT BALIK MALAYSIA? SIAPA SALAH?

Benar der.. Banyak kali dah telinga saya dengar hal ni terutama beberapa tahun yang lepas. Kenapa ia berlaku ? Kerana mereka mendapatkan pekerjaan melalui khidmat Agensi Pekerjaan. Apa ? Agensi ??? (Perkataan ini seolah – olah menuding jari kepada agensi pekerjaan)

Tapi, siapa sebenarnya yang salah ? Siapa ? Siapa ?

Begini al kisahnya. Apabila para pekerja mendapatkan khidmat agensi pekerjaan, pihak agensi akan caj mungkin lebih atau kurang dari SGD 1000 untuk khidmat yang mereka berikan (Tak semua agensi yg mengenakan caj sebegini. Ada agensi yg tidak mengenakan apa – apa caj kepada pekerja, hanya caj kepada majikan namun majikan tidak mengenakan caj kepada pekerja). Agensi juga menyediakan hostel di Singapura dan pinjaman bagi sesiapa yang tidak mempunyai modal yang cukup untuk membuat pasport dan menampung kos sara hidup di sana. Bagus la ada agensi macam ni, kan..kan ? Tolong orang susah. Orang yang tengah pokai pun boleh masuk kerja sana. Walaupun mereka makan ‘bunga’, pekerja biasanya masih mampu untuk bayar.

Untuk menyelesaikan masalah hutang dengan pekerja ni, agensi akan meminta mereka menandatangani satu perjanjian yang menghendaki pekerja membayar semua caj secara ansuran. Tempoh perjanjian dan ansuran itu biasanya SATU TAHUN. Dalam tempoh itu, pasport mereka akan dipegang oleh agensi. Ini bermakna mereka tidak boleh menukar kerja, berhenti atau pun pulang ke Malaysia. Hal ini mungkin ada dalam agreement yang mereka tandatangani. Mereka ada baca tak ? Patut tak agensi ni pegang passport ? Mungkin agensi akan menjawab ” kalo wa talak pegang itu passport aa, itu musti pekerja lari talak bayar wang wo..lari lintang pukang woo”. hehehe.
 
Antara story yang saya dengar dari peserta – peserta yang sertai trip saya..mereka berkata pernah mendengar cerita bahawa ada pihak agensi yang tertentu tidak memberi kerja yang menjadi pilihan pekerja. Ya, ada. Tapi bukan semua agensi begitu. Katakanlah semua hal ni dah termasuk dalam agreement, jadi takde sebab kita perlu melenting. Persoalannya yang selalu saya tanya, kenapa tak mahu baca agreement then nak salahkan orang lain ? Kamu dah setuju dan sign pada kertas kemudian nak marah? Nak marah siapa? Jika memang ada perkara yang tak termasuk dalam agreement atau agreement tu memang langsung tak wujud, ini memang salah agensi la. Tapi jika semua perkara ni dah termasuk dalam agreement, ia bukan salah agensi lagi. Sebab itu kita dinasihatkan untuk baca dan fahami betul – betul isi kandungan agreement sebelum kita setuju dan tandatangan. Sebelum bersetuju, fikirkan juga segala kemungkinan yg mungkin terjadi seperti kerja yang diberikan tak seperti our expectation.
 

JANGAN CEPAT MELATAH

Saya tidak mahu menyebelahi kepada mana – mana pihak dalam isu ini. Apa yang nak saya highlight kan ialah janganlah kita cepat menilai sesebelah pihak hanya dengan mendengar story dari sebelah pihak sahaja. Jika hati dan fikiran kita dirasuk emosi negatif, tentu mudah kita menyalahkan orang tanpa penilaian rasional dan FAKTA YANG KUKUH. Jadilah orang yang waras dan berfikiran lurus dalam menilai sesuatu perkara. Jangan selalu duk angguk kepala je. Pastikan dulu informasi yg diterima dan disampaikan itu sememangnya adalah satu fakta, bukannya auta atau gossip yang tidak berasas.
 

JIKA TIDAK MAHU DITIPU SESIAPA, BAGAIMANA CARANYA ?

Kerap kali saya tegaskan dalam trip yang saya anjurkan, berdirilah di kaki sendiri. Jangan percaya kepada orang yang salah dan informasi yang salah. Carilah kerja sendiri tanpa bergantung dengan sesiapa dan mana – mana agensi yang tidak kita kenali. Jika mahu bekerja melalui agensi, pastikan agensi itu benar – benar profesional dan boleh dipercayai. Jangan lupa baca dan faham betul – betul kandungan agreement. Sebaiknya kumpullah duit hingga tak perlu pinjam dengan sesiapa pun. Jika tak pandai kumpul duit, gaji RM 10K pun belum tentu cukup untuk sebulan.
 
Jika anda tidak tahu arah tuju, sila contact saya dan saya akan berikan Personal Coaching secara profesional. Selepas mendapat coaching, anda akan expert teknik – teknik mencari kerja secara berdikari tanpa perlu diikat dan ditipu seperti mereka yg pernah ditipu.
HANYA SPM GAJI MENCECAH RM6000 !

HANYA SPM GAJI MENCECAH RM6000 !

Contoh Pay Slip Pekerja Operator Di Singapura

Contoh Pay Slip Pekerja Operator Di Singapura

” Wahhh, biar betul, betul ke ni bro.. ! “

Betul la tu..

Sebagai contoh, gaji basic operator yang menggunakan SPM sekarang ni jika tukar ke RM sudah mencapai lebih dari RM3000 (Jika dikira basic SGD1000). Jika ditambah elaun dan overtime banyak mana dapat ? Boleh mencecah RM6000 beb !!!

” Fuyyoooo, banyok ye.. tak tau nak beli ape kalo dapat gaji gini.. “

Tak tahu nak beli ape ? Bila anda dah dapat gaji macam tu nanti anda rase tak cukup pulak tau. Sebab pe tak cukup ? Iyelah, nak beli rumah 2 tingkat, kereta nak tukar vios, nak upgrade itu dan ini..sampai bila pun tak akan cukup der..kalau tak ade ilmu pengurusan kewangan.

Orang Melayu Kita Takut Bekerja Di Singapura

Orang Melayu Kita Takut Bekerja Di Singapura

“Orang Melayu takut kerja di Singapore ? Eh, betol ke der ? Aku tengok ramai je yang kerja sana.”

Bukan semua. Tapi yang takut tu banyak, majoriti. Mengapa mereka takut ?

MENGAPA ORANG MELAYU TAKUT BEKERJA DI SINGAPURA ?

Perkara ni saya tak dapat jawab. Mereka sendiri yang boleh jawab dengan tepat. Tapi dari feedback yang saya dapat, saya boleh rumuskan bahawa cuma satu sebab mengapa orang kita takut nak bekerja di sana.

TAKUT DITIPU AGENSI PEKERJAAN !

Ya, ni lah faktornya. Takut ditipu. Takut gaji tak dibayar. Takut dijual. Takut dirogol..dan banyak lagi lah. Jadi sejauh mana kebenarannya ? Benarkah agensi di sana selalu tipu orang, jual orang dan makan orang ??? Eh, tak de la sampai makan orang.. hehehe.

Saya memang selalu dengar agensi pegang passport tapi tak pernah dengar pulok ada agensi jual  orang. Minta dijauhkanlah benda – benda macam ni. Mengapa agensi pegang passport dan menahan pekerja dari keluar Singapura ? Perkara ni saya sudah jawab dalam entry yang lain → SILA KLIK SINI. Tak semua agensi nak pegang passport kita. Mereka pegang pun bersebab. Banyak agensi yang bagus dan profesional.

APAKAH JALAN PENYELESAIAN ?

Baca dan baca dan baca. Inilah penyelesaiannya. Kita mudah ditipu jika kita jahil dan tak nak ambil tahu. Bagi mereka yang mahu bekerja di sana melalui agensi pekerjaan, nasihat saya banyakkan membaca. Sebelum baca semua helaian agreement agensi pekerjaan, baca juga mengenai hak anda sebagai pekerja di Singapura di website rasmi di bawah ini. Website ini penuh informasi. KLIK SINI

Bukan mudah nak ubah mind – set orang. Jika saya bercakap di telefon selama satu jam untuk buat mereka percaya pada trip yang saya anjurkan, belum tentu mereka percaya. Tak hairanlah jika yang hadir dalam trip kerjaya saya hanyalah sebanyak 30 % dari jumlah peserta yang mendaftar. Tak mengapalah.

Apa pun saya ucapkan TAHNIAH kepada semua ALUMNI Personal Coaching LPKS yang telah sertai trip kerjaya ke Singapura. Saya doakan semua sukses dunia dan akhirat.

Peserta LPKS Datang Dari Seluruh Malaysia
Permandangan Malam Di Marina Bay
Para – Peserta Melakukan Praktikal