Dapatkan Bimbingan Professional Sebelum Memilih Kerjaya Di Singapura

Nak Dapatkan Pekerjaan Idaman Di Singapura?

Saya berada dalam bidang kerjaya Singapura ini sejak 2011 selepas mula menubuhkan syarikat sendiri untuk memberi bimbingan kepada anak watan warga Malaysia bagi mendapatkan kerjaya tanpa ditipu oleh scammer dan agensi pekerjaan. Kami sudah bantu beribu orang, sekarang giliran anda pula!

Coach Anda

Najib Halim

Founder of SCC

Singapore Career Coaching

 

Mula bertugas di negara Singa itu pada tahun 2010. Menyedari ramai warga Malaysia ditipu dan ditindas oleh individu / scammer di sana, saya mengambil langkah proaktif untuk membendung gejala tersebut.

Pada tahun 2011, saya daftarkan Think Big Management and Enterprise (Reg.No. JM 0610866-D) bagi menganjurkan Program Bimbingan Kerjaya untuk memberi peluang kepada anak watan bekerja di sana tanpa menghadapi sebarang masalah.

Bimbingan demi bimbingan dijalankan sehinggalah saya telah berjaya menyusun satu silibus ‘Job Hunting Strategy’ yang terbukti memberi impak yang tinggi dan natijahnya ramai alumni berjaya mendapatkan pekerjaan hasil dari program dan khidmat nasihat yang diberikan.